Monday, June 14, 2010

Kenangan Mengusik Jiwa II

Begini......0nce upon a time...kira2 10 tahun dahulu...ada seorang budak kampung dr kedah yg datang dari kluarga yg susah......keluarganya juga penah tidak menjamah nasi, hnya mnum air kosong jee begitu naif dtg ke KL/S Alam.....rumahnya seperti pondok kecil yg dindingnya reput dan lantainya berlubang,,bumbung plak ditirisi air bila mana ujn.....(mungkin akan ada yg bertanya? ada ke zaman milenium keluarga susah cm2.....hanya jauhri yang mengenal manikam?

Datangnya ke ibu kota hanya satu berpeluang belajar ketahap lebih tinggi bermodalkan kos pengajian yg rendah...walaupun kos nya rendah....ke2dua org tuanya terpaksa juga meminjam wang dari sedara mara untk bekal ke ibukota.....
Sewaktu di sem 1 hingga ke 4 kos sara diri tidak begitu menekankan kerana kos pengajian yg free dan elaun saku RM 45-180 telah diberikan....makan minun juga diberikan........tetapi......

Bermulanya sem 5 iaitu semua pelajar diminta mnyewa diluar..dipendekkan cite dgn kadar sewa rm 800 sebulan dia dan kwan2 nya penah tdak makan nasi selama semggu dan hnya berbekalkn air sejuk...kalu rezeki lebih dpt le roti kering....nk minta di KG...pun paham..kt kg entah ada entah xde duit.... xp selalunya memang xde....semiggu sekali call kg dgn menggunakan public...bila ditya oleh mak ayah mkn ke belum jwapanya hya satu dh mkn....dan sekali lagi dia mnipu ..mkn nasi ayam.....bkn niat mnipu.....xp hanya Allah yg tahu.......

Tapi kini mungkin dia dan kwan2nya telah berumur 28-30 tahun dan mungkin mereka menjadi tenaga pengajar di ILKA......dan bila mana ada student mereka dtg komplen ckp kt asrama makn xsedap lauk keras...air sirap tawar....rasa mcm nk bg peluru je...kalu komplen nasi hidangan basi...or kotor boleh dia nk take action xp kalu stkat komplen xsedap...p komplen kt pengajar len.....


*Semua org dpt berbicara tentang kesusahan.xp xsemua dpt merasai kesusahan...
*ILKA-Institut Latihan Kemahiran Awan......

Perpatah ada mengatakan......org mewah sibuk mencari kekayaan,orang kaya sibuk mencari wang,xp org miskin sibuk mencari makanan

Thursday, June 10, 2010

Jangan dihina barang yg kecil,kerana jarum yg kecil bisa melukakan

Pendayung Sampan Dan Profesor

Suatu hari seorang profesor menyewa sebuah sampan untuk membuat kajian di tengah lautan.Pendayung itu merupakan lelaki tua yang sangat pendiam. Profesor sengaja mengupah lelaki tua itu kerana dia tidak mahu orang yang menemaninya banyak menyoal tentang apa yang dia lakukan.

Dengan tekun Profesor itu melakukan tugasnya tanpa menghiraukan pendayung sampan. Dia mengambil air laut dan diisi kedalam tabung uji, digoncang-goncang, kemudian mencatat sesuatu di dalam buku catatan dibawanya. Berjam-jam lamanya Profesor itu melakukan kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan mendongak ke langit, memandang pada awan yang mula berarak kelabu. Dalam hati dia berkata "Hmm..tak lama hujan lebat akan turun.."

"OK semua sudah siap mari kita balik." Lantas pendayung itu memusingkan sampannya dan mula mendayung ke arah pantai. Dalam perjalanan itu baru Profesor itu membuka mulut menegur pendayung sampan.

"Dah lama kamu mendayung sampan?" Tanya Profesor kepada pendayung sampan. "Hmm..hampir seumur hidupku," jawab si pendayung ringkas.

"Seumur hidup kamu? Jadi kamu tidak tahu apa-apa selain mendayung sampan?" tanya Profesor itu lagi.

"Ya.."jawab pendayung sampan dengan ringkas.

Profesor belum berpuas hati dengan jawapan pendayung tua itu. "Kamu tahu Geografi?" Si pendayung menggeleng..

"Kalau begitu kamu hilang 25% dari usia hidup kamu."

"Kamu tahu Biologi?"tanya Profesor itu lagi. Pendayung sampan itu menggeleng lagi.

"Kasihan kamu telah kehilangan 50% dari usia kamu."

"Kamu tahu Fizik?" Profesor itu masih bertanya. Seperti tadi pendayung sampan itu hanya menggeleng.


"Sungguh kasihan kalau begitu kamu telah kehilangan 75% usia kamu.Malang sungguh nasib kamu semuanya tidak tahu. Seluruh hidup kamu hanya dihabiskan dengan sampan,tak ada gunanya lagi," Profesor itu mengejek dan berkata dengan angkuh setelah merasakan dirinya yang terhebat. Pendayung sampan hanya mendiamkan diri.

Selang beberapa minit kemudian hujan turun dengan lebat, tiba-tiba ombak besar datang melanda. Sampan yang mereka naiki terbalik. Profesor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Profesor hanya menggeleng.

"Sayang sekali kamu telah kehilangan 100% nyawa kamu." Kata pendayung itu sambil berenang ke pantai meninggalkan Profesor yang angkuh tadi...


“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Luqman: 18)

Wednesday, June 9, 2010

Jangan Mare Kami........

Ke hadapan,

Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :

a) Abang tak akan pergi,

b) Abang tak akan pergi, dan

c) Abang tak akan pergi.

10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

P/S

Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.

Terima kasih atas kerjasama sayang.

Tuesday, June 8, 2010

Lamunan Hati

Salam.....ntah kenapa..bila otak byk berfikir,mata banyak melihat,kaki byk melangkah..tetapi aku tetap disini...aku tetap berdiri di tempat yg sama....banyak solan yg ditanya kepada aku....tetapi hanya satu yg mengcekam perasaan... sukar menjawab sgalanya....telah kucuba menjawab seikhlasnya harap terima seadanya....biarla sendiri yg menangung beban........

Adakah mereka gagal memahami....atau aku yg gagal menafsir,atau aku sama seprti yg lain........malamku yg pnjang,hatiku yg suram xp aku terkelip-kelip memikir kesudahan.....Iya pengalaman dahulu telah mengajarku tentang ketabahan,serta kesabaran  di sini aku menyendiri Susuri badai penuh pilu, juga ketika aku bingunggg.....di c2 la keluhannya membuka mata ku dan layu sekumtum mawar,yg hendak ku beri padamu......         love me better than u, but i realy love u ........  

Siapakah diantara sahabat2 ku ataupun mungkin musuh2ku di blog ini bisa menafsir ayat  diatas?

Kuyakin akan bertemu jalan penyudah kerana Allah yang lebih mengerti....

sudahhhhhhhhhhhhh jgn merepek......aku tetap aku..




***N3 ini di taip didalam keadaan separa sedar....