Monday, January 31, 2011

Kiranya Ku Tahu

Saman xbayar lagi..baru nk p baya..dlm balai beratur panjang xjd le...dh tu exhaust keta plak reput huh melayang 2ratus p welding n tuka baru...jadi saman xdpt baya...

last kali nk cuti..tu je.....tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Wednesday, January 26, 2011

Mari Kita Bakar Jari

Bermalam Di Katil Seorg Lelaki

Tak tau la kisah betul atau tak tapi kisahnya sama macam cerita seorang askar yang sesat pada zaman dahulu..Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa... lengang, sepi! Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.
Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,
dah tertinggal. Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik. Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil.. kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang> dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang. Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin pergi berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang
hilang akal...

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu
tu. Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu. Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut
kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi... ... ...

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.
Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa... So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada
bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah... ... ... ... ...

MOTIF CERITA... ... ... ... ... ... .


Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindarkan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup... ... ... .. ...
So apa lagi geng (lelaki).... kot kot ada awek
tersesat.. bakar lah jari korang.. ADA BERANI ?
gerenti tak berani punya.... ambik kesempatan dalam adalah.....

Tuesday, January 25, 2011

Kenali Hati Lelaki

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.



1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

Betul ke?
Aku pun xtau betul ke x?


*Apasal bangun pagi td sakit tekak
*Badan languh plak

Monday, January 24, 2011

Sebelum datang kemari,tiada resah,tiada khuatir,menjelang kemesraan mu yg ku tggu hanya satu,meraka lihat ku tersemyum,gembira bagai tiada duka,begitu indah dipandangan

Mcm biasa tiada yg berubah...7.30 lepak cafe,sembang merapu samapi kul 8.30...
masuk opis update blog.
tgk2 news..

Setengah org xtau beza yg mana satu,jalan lenggang lepas buat keja dangan jalan lenggang xbuat keja....

"Untuk mencapai Objektif Organisasi Seseorang patut dikorbankan,Persoalanya siapa yang hendak dikorbankan"

*Tajuk bukan segala-galanya

Friday, January 21, 2011

Hilang Dalam Terang

Ya Allah,Keluarkan hambamu ini dari kekusutan dan kekalutan dunia dan akhirat,Ya Allah hanya kepadaMu ku meminta,mengharap dan memohon...Amin YaRabbal Alamin..

Thursday, January 20, 2011

Permata Yang Hilang

Aku kini sedang mencari semula..kwan2 lama aku masa di Vok,Alor Setar,masa di Ciast,masa di kilang....kemana semua mereka pergi....dh le aku ni kolot muka buku pun xde...sedangkan muka buku tu la tempat paling mudah mencari kwan lama,bf lama,awek lama segala serbi yang lama di samping menambah yg baru.....kemana Kamal MODM,Jawe Muar,Hafizudin Palong................mereka semua power dlm bidang masing.....kehilangan mereka bolehlah diibaratkan seprti tajuk diatas

Apakan daya telah kucuba sedayanya.......................

.
Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan. Tidak
dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan.....

Wednesday, January 19, 2011

Sekadar di Pingiran

Entah kenapa....mcm2 hal...alahai abaikn je la....hp dh ok....

abaikan abaikan abaikan abaikan abaikan abaikan

wat xtau je la....apa nk jadi,jadila xguna pk........xp ter pk juga adusss

lemon jgn pkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Aku Tak Dapat Mengubah Arah Angin,
Tapi Hanya Bisa Mengubah Layar Untuk Sampai Ke Arah Yang Dituju.

Tuesday, January 11, 2011

11.06.2011

Salam ada apa pada tarikh ni...apa yg specel nya tarikh ni....

ni haa biaq cheq nk habaq p...pada tarikh ini ada satu even penting iaitu acara yg telah dirancang dengan rapi oleh perencana2 expert...acara nya ialah jeng..jeng..jeng


..............
Perlawanan Akhir Piala FA yang mana Kedah diletak satu kumpulan dengan selangor...heheh xde pluang le nk lawan pada tarikh tu....xpe satu group...

Tahun 2010 Kedah vs N.Sembilan...Kedah kalah daa......

Tungguuuuuuuuuu x sabo nak tggu tarikh tu....


The Canaries
BIAR JASA JADI KENANGAN

Thursday, January 6, 2011

......

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata: ” Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:

-Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka.
-Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang dibawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang di atasku.
-Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meski pun mereka jauh dan dekat, jangan memutuskan hubungan dengan mereka.
-Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau khazanah segala kebaikan.
-Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia, tetapi mohonlah kepada Allah SWT.
-Saya dipesan supaya jangan takut di dalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek.
-Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat.

renungan bersama.