Wednesday, November 16, 2011

Jantan

Tadi menjengah blog ...terbaca satu entry yang menarik,jadi aku pun nak kongsi cerita di sini.....ceritanya..jeng-jeng...kira-kira 21 tahun dulu iaitu 1992 ada sorang ada budak kecil dari kedah yang sudah sampai masaknya nak berkhatan orang kedah cakap masuk jawi......

Upacaranya mudah selepas tarikh tu ada buat kenduri selamat....tiada doctor,tiada nurse yang gebu-gebu,tiada ubat bius,tiada ubat canggih,tiada katil tilam  yang lembut yang ada cuma

-Tok mudin
-Pisau cukur 4 inci panjang
-batang pisang
-MB(sejenis ubat)iodin dan minyak burung merpati.
-Orang tua yang penuh ilmu didada(kerapnya tok guru silat)

-Tok mudin tukang potong
-Pisau alat potong
-Btang pisang tempat duduk
-MB sejenis pil yang ditumbuk halus nak hentikan darah,tabur atas tempat tuttttttt
-Orang tua apa lagi pegang dengan kunci mati la,tak bagi budak mengelupor.....


Selepas 5-6 hari upacara membuka kain balutan pula,itulah upacara paling ngeri selepas upacara potong,bayangkan kain yg melekat kat tut nak ditanggalkan..pehhh apa lagi petua untuk memudahkannya tanggal ialah,titik air teh suam tanpa gula,,baynagkan beb......sekarang 2 hari dah tanggal kain balutan betul tak budak2 sekarang...

p/s:persoalanya sekarang adakah budak sekarang cukup JANTAN untuk tradisi lama????

Rasanya budak kat atas tu teriak sekampung dengar...hahahahahahah

Friday, November 11, 2011

Dulu Dan Sekarang

Dulu

Dulu petang main badminton,malam main futsal jam 12 baru sampai rumah,bangun pagi cuma lenguh sikit2 je..

Dulu main futsal tanpa warm up hentam je main...1jam tanpa rehat....tetap stamina mencanak lagi...

Dulu boleh lari 4 round padang tanpa stop....

Dulu bangun secara pantas tanpa rasa pening...



Sekarang


Sekarang petang tak larat main badminton,malam main futsal 30 minit balik rumah jam 10...lenguh badan samapi 3 hari....

Sekarang main futsal tanpa warm up,rasa nak tercabut semua sendi...

Sekarang jangan kata 4 roung padang bola sepak,1 round gelanggang badminton pun dan nafas tercungap macam lembu kena sebelih...

Sekarang bangun kena slow2,kalu tak pening beb....


Itu apa maksudnya?Apa kesimpulannya?jawapannya hanya satu aku sudah makin TUA

p/s Ada orang tu birtday 12/11 ..happy birthday....Moga diberkati Allah selalu.

Kenapa Portugis Takut Nak Serang Kedah?

Tahukah anda kenapa Wizurai Portugis, Alfonso de Alburque tidak jadi menawan Kedah? Berikut rakaman perbualan antara Alfonso dengan dua orang perisiknya yang tak pernah tercatat dalam mana - mana buku sejarah.




Perisik 1 : Untuk menawan Melaka yang mempunyai lima orang pahlawan, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita dah kehilangan hampir 5000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah tuan. Batalkan hasrat itu tuan!

Alfonso : Kenapa? Kenapa takut nak serang Kedah?


Perisik 2 : Tuan! Hasil risikan kami, kami dapati banyak sangat "Hang" di Kedah. Lebih lima orang.


Alfonso : Cuba kamu sebut nama-nama mereka? Entah-entah aku kenal!


Perisik 2 : Baik tuan....antara nama-nama yang sempat hamba catat....Hang Sihat, Hang Buat Apa, Hang Apa Habaq, Hang Lagu Mana, Hang Pi Mana, Hang Bila Nak Mai, Hang Nak Pi Mana, Hang Singgah Dulu, Bapak Hang, Mak Hang, Adik Hang, Tok Hang, Kepala Hotak Hang dan macam - macam lagi Hang tu ada kat sana...


Mendengar hasil risikan Perisik 1 dan Perisik 2, Alfonso pun tak jadi nak serang Kedah. Nama Hang yang disebutkan itu aneh-aneh belaka! (Jangan marah ya orang Kedah)

Thursday, November 10, 2011

Rintihan isteri nahas kereta

POH: “Saya mahu menatap wajah abang buat kali terakhir,” begitu kata pengurus bank, Mukrimah Hamzah, 37, sambil berlinangan air mata sejurus mengetahui suaminya, Aidi Kharsana Ahmat, 38, terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 315.9 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah, kelmarin.
Permintaan wanita itu menyebabkan suasana di Wad 4B, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bertukar hiba kerana hajat itu tidak dapat ditunaikan ahli keluarganya berikutan keadaan dirinya yang cedera parah.

Dalam kejadian jam 10.20 malam, kereta Perodua Alza dipandu Aidi bersama Mukrimah dan lima anak mereka melanggar belakang sebuah lori menyebabkan ia melintang di laluan paling kanan lebuh raya sebelum kenderaan mereka dirempuh pula sebuah kereta yang gagal mengelak.
Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa anggota badan dan kepala manakala Mukrimah serta seorang anak, Mohd Mukhriz Shah, 3, cedera parah. Bagaimanapun empat lagi anak mangsa hanya cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar hospital.

Mukrimah patah kaki kiri selain kulit kepalanya terkoyak serta luka di beberapa bahagian badan manakala Mohd Mukhriz patah kaki kanan dan menerima rawatan di HRPB.

“Saya tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku dan sebaik tersedar antara jam 3 hingga 4 pagi tadi (semalam), saya mendapati sudah berada di wad hospital.
“Saya diberitahu suami dirawat di Hospital Tapah manakala lima anak dirawat di sini. Namun, saya hanya tahu suami sudah meninggal dunia tengah hari semalam,” katanya.

Mukrimah yang ditemui wartawan Harian Metro di HRPB jam 2.15 petang semalam berkata, keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Petani, Kedah selepas menyambut Aidiladha di rumah saudara-mara suaminya di Melaka dan Johor.
Katanya, mereka bertolak dari Pontian, Johor jam 11 pagi melalui jalan lama dan singgah di Nilai, Negeri Sembilan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.

“Kami sepatutnya pulang ke Kedah kelmarin (Isnin lalu), tetapi abang demam dan batuk. Selepas berbincang, kami memutuskan pulang pagi semalam (kelmarin) bagi membolehkan abang berehat secukupnya,” katanya