Ohhhhhhh bila kah lagi penantian satu penyeksaan,Delima yang ku tanam peria pahit yang tumbuh.
Thursday, November 8, 2012
Thursday, September 20, 2012
Betul???
Kan sering kita dengar, ada perkataan yang kalau perempuan cakap, jadi
mesti ada makna tersembunyikan? jadi, ini antara 10 Koleksi Ayat Maut
Seorang Lelaki cakap dan makna tersiratnya…
(1) Ayat maut lelaki : Okeylah wak, kita sembang lain kali yek
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.
(2) Ayat maut lelaki : Tidak pe, saya tak kisah.
Maknanya: Memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.
(3) Ayat maut lelaki : Kita kawan saja lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: Sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.
(4) Ayat maut lelaki : eh….u call ekk?sori. Tertidur tadi.
Maknanya: Ya,memang kami tdo pon.
(5) Ayat maut lelaki : Lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh. Tolong la faham juga jangan fikir -ve sangat. Apa pun yg kami buat, untuk masa depan juga.
(6) Ayat maut lelaki : Saya sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: Memang kami tidak memilih pun. Kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je. Tidak semestinya kena lawa.
(7) Ayat maut lelaki :Saya tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: Jangan la mekap sangat doe. Penat kami menunggu.
(8) Ayat maut lelaki : Lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: Memang lepas ni aku nak lagi keluar dengan kau.
(9) Ayat maut lelaki : Saya suka perempuan yg macam ni…macam tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: Saya tipu je. Saya tak kesah pon. Lelaki tak detail nk pilih apa-apa pon. Saja nak bagi awak merajuk sebab awak nampak comel masa merajuk. hihihih
(10) Ayat maut lelaki : Awak kerja kat mana? as what?
Maknanya: Mintak-mintak la kerja biasa-biasa sahaja. Kalau kerja besar taste pun besar juga, hantaran pun mestilah besar juga. Nak jaga standard lah tu..

Wednesday, August 15, 2012
Thursday, August 2, 2012
Tempe oh Tempe
Doa tidak dimakbulkan ada Hikmah disebaliknya
Ada
sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan
tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri.
Pada
suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk
pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang
diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.
Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum
masak lagi.
Perempuan
tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya
tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana
hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman
Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara
ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa, "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."
Begitulah
doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin
bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu
menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun
membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe.
Namun,
dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun
dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas
didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil
bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana
inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini
kepada tempe, Amin".
Dengan
penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan
tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih
tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu
pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas
doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang
sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar
kesemua tempenya akan masak.
Dia
berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke
pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya
untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan
doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah
keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun
berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di
dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan
barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti
sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya
dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan
dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang
terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu
menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia
berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan
bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para
pembeli sudah mula kurang.
Dia
meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah
hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah,
pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu
dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf
ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya
tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan
terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun
menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang
belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya
yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya
wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi
supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna.
Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu
sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
MORAL:
1.
Kita sering memaksa kehendak kita kepada Allah (S.W.T), sedangkan Dia
lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk kita.
2.
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai
hamba-Nya yang lemah. Jangan sesekali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan
rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.
3. Tiada yang mustahil bagi Allah (S.W.T)
4.
Kita sering ingin Allah (S.W.T) memenuhi hak kita, sedangkan kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga solat 5 waktu,
berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan-pesan ke arah kebaikan.
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
Friday, July 20, 2012
Ramadhan & Geng Plasti Hitam
Ramadhan datang lagi,bermulanya ramadhan ada yang pergi ada yang datang.......................geng plastik hitam datang lagi
Tuesday, July 10, 2012
Ramadhan
MUFTI ARAB SAUDI MENANGIS KERANA SOALAN IN.
Mufti Arab Saudi telah mengalirkan air mata secara langsung di TV apabila beliaumenerima soalan ini dari Somalia, soalannya berbunyi:
“adakah puasa kami sah jika tidak bersahur & berbuka puasa?”
Allahuakbar. Untuk kita Sepatutnya kita bertanya, “adakah puasa kami sah jika berlebihan makanan ketika bersahur & berbuka puasa?”
renungkanlah muhasabah menjelang ramadhan....
Thursday, July 5, 2012
Kisah Seorang Perempuan Dengan Terung
Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah
masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah
masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan.
Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.
Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syaikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Syaikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.
Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.
Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.
Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.
Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya.
Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan.
Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk.
Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!
Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?
Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Syaikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syaikh dan tidak faham apa yang didengarnya.
Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syaikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.
Syaikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.
Syaikh memamnggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!
Syaikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.
Syaikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?
Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?
Syaikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Syaikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syaikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya.
Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?
Murid itu terus menjawab, ya!
Syaikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?
Wanita itu menjawab, ya!
Maka Syaikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syaikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.
Setelah selesai aqad, Syaikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita.
Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan?
Dia menjawab, ya!
Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?
Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.
Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.
Diceritakan oleh Syaikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.
Pengajarannya: Tinggalkan Yang Haram Allah s.w.t bagi Yang Halal!

Subscribe to:
Posts (Atom)