Thursday, October 6, 2011

Semalam Yang Hilang

Hati begitu sedih dek terkilan mengenangkan khilaf semalm,Ya sebagai manusia kita tidak terlepas melakukan kesilapan,namun sebahai hamba-Nya kita harus memohon agar Allah mengampunkan dosa yang telah kita lakukan

Sebagai umat Islam yang sebenar-benarnya yang mengaku sebagai hamba-Nya tidak akan melakukan dosa yang sama berulang-ulang kali,memohon keampunan keranan Allah pasti mendengar doa kita semua.

Allah pernah berfirman yang bermaksud:

"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganla kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang."

Sebagai manusia kita tidak terlepas dari ujian,tetapi masihkan aku mampu menanggung ujian....sekarang suasana di sini hujan,fajar menyingsing tapi bulan masih mengambang,disinila keluhannya membuka mataku,dan layu sekuntum bunga hendak ku beri kepadamu


                                                   Selebat hujan yang turun
                                                   Mencurah membasahi bumi
                                                   Tidak selebat hujan
                                                   Di dalam jiwaku
                                                   Sehebat halilintar
                                                   Membelah langit yang kelabu
                                                   Tidak sepanas petir
                                                   Yang membakar hidupku
                                                   Oh hujan
                                                   Di antara airmataku

*Apa yang mengarut ni arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Thursday, August 18, 2011

Seharian DI Sentral

MMMMnnnnn kul 2 abil train ke Mid Valley tanpa arah tujuan pusing pastu blik....balik nk ke sentral ni yang bikin panas ni..tuggu sejam train xsampai2....dah samapi plak penuh gila dah la tu aircond xde...cuba bayangkan.......

Di Sentral

Bosan apa lagi kedai buku la jawabnya..dari jam 3 petang hingga ke 9.20 malam pehhh....utusan malaysia abis semua baca,Dewata Raya  abis dua komik,Cerita Saya (Lim Goh Tong) abis baca,Bagaimana Menjemput Pertolongan Allah abis baca...last sekali berbuka air kotak Nestle Coffee,lepas jamak kt surau sentral ingatkan nk p mkn2 xp semua penunh....dh tu ketapi sampai igtkan nk mkn ats cafe ketapi....xp apakah daya cafe tutup katanya koc cafe diservis.....dh tu apakan daya sahur mineral je la sebotol...




Wednesday, August 10, 2011

Lailatul qadar formula al-Ghazali

KITA berada dalam bulan mulia dan penuh berkat. Selain diwajibkan berpuasa selama sebulan, kita juga dituntut melaksanakan pelbagai ibadah sunat sebagai iringan ibadah utama itu.

Berbicara mengenai Ramadan sudah tentu topik al-Quran menjadi perkara biasa yang diperkatakan. Ini kerana dalam bulan inilah Allah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk yang benar untuk umat manusia.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud, “Ramadan bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).”

Dalam surah al-Qadr ayat pertama Allah berfirman bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.”



Jelaslah melalui kedua-dua ayat berkenaan malam lailatul qadar itu pada Ramadan yang menjadikan bulan mulia ini ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman untuk bertaqarrub kepada Allah demi menemui malam itu. Melalui surah al-Qadr ayat 2-5 Allah menyatakan, “Dan tahukah kamu, apa malam qadar itu? Malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Tuhan untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai fajar terbit.”

Demikian mulianya malam qadar itu. Sesiapa menemuinya dianggap insan yang beroleh keuntungan kerana segala amal ibadah sepanjang malam berkenaan akan diberikan ganjaran pahala melebihi malam lain.

Oleh itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh mencari malam qadar secara konsisten sepanjang Ramadan. Tidak perlu menunggu sepuluh malam terakhir baru hendak bersungguh-sungguh beribadah sedangkan malam sebelumnya kita sambil lewa saja.

Jika hal itu terjadi, kesungguhan kita tidak ditemukan Allah kepada lailatul qadar. Ini kerana lailatul qadar untuk orang beriman, bertakwa dan beramal ibadah secara konsisten sepanjang Ramadan dan bulan sebelumnya.

Oleh itu, sebagai memenuhi hasrat dan keinginan untuk menemui malam lailatul qadar itu, kita mesti sentiasa melaksanakan amal ibadah dengan kekuatan hati tanpa mengira sama ada di awal, pertengahan mahupun di akhir Ramadan. Yang penting kita berazam dan terus menunaikan semua ibadah fardu dan sunat dengan keyakinan padu demi mengharapkan keredaan Allah.

Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada malam al-Qadar, Jibril a.s turun diiringi malaikat lain sambil memohon rahmat dan menyampaikan salam kesejahteraan bagi setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk sambil berzikir.”

Dalam mencari malam al-Qadar, kita perlu meneladani apa yang ditunjukkan Rasulullah kepada kita.

Menjelang sepuluh terakhir Ramadan, Rasulullah berjaga sepanjang malam untuk beribadah dan membangunkan semua anggota keluarganya. Baginda membangunkan keluarganya untuk bersolat pada malam sepuluh terakhir sedangkan baginda tidak berbuat demikian pada malam sebelumnya.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan Abu Dzar r.a sabda Nabi, “Bahawasanya Rasulullah melakukan solat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25) dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahawasanya baginda mengajak (solat) keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27) saja.”

Inilah bukti Rasulullah sangat mengambil berat mengenai solat pada malam sepuluh terakhir Ramadan. Sebagai umatnya kita wajar mencontohi Rasulullah dalam menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadan dengan aktiviti ibadah.

Ibu bapa sepatutnya memberi contoh terbaik kepada anak bagaimana cara terbaik memanfaatkan peluang keemasan sepuluh malam terakhir Ramadan untuk menemui lailatul qadar.

Dengan ibadah berterusan tanpa jemu dan penuh tawaduk kepada Allah kita pasti menemuinya. Mengapakah kita perlu bersungguh-sungguh mencari malam al-Qadar itu? Malam lailatul qadar adalah malam pintu langit dibuka, doa dikabulkan dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.

Sabda Nabi yang bermaksud, “Barang siapa mendirikan solat pada lailatul qadar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah nescaya diampunkan dosanya yang lalu.’ (Hadis riwayat Muttafaq ‘alaih).

Langkah terbaik untuk memenuhi malam sepuluh terakhir Ramadan ialah dengan menunaikan solat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, beristighfar dan bertaubat dengan tulus ikhlas.

Dalam mencari malam lailatur qadar, Imam al-Ghazali meninggalkan formula yang boleh kita ikuti demi mencari malam penuh berkat itu.

Katanya, jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan. Jika awal Ramadan jatuh pada Isnin, malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21.

Seterusnya kata Imam al-Ghazali lagi, jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaat, malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan, manakala jika awal Ramadan pada Sabtu, diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.

Demikianlah formula Imam al-Ghazali dalam memandu kita mencari malam lailatul qadar. Namun, yang lebih penting ialah jika sepanjang malam Ramadan kita penuhi dengan amal ibadah, sudah pasti malam lailatul qadar menjadi milik kita kerana setiap malam kita isikan dengan pelbagai menu Ramadan berupa amal soleh.

Sebagai mukmin mengharapkan keredaan Allah, seharusnya kita mempergunakan sebaik mungkin Ramadan lebih-lebih lagi pada sepuluh hari terakhir.

Daripada Jabir r.a Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Apabila tiba malam terakhir Ramadan, menangislah langit, bumi dan para malaikat atas musibah yang menimpa umat Muhammad. Seorang bertanya, Ya Rasulullah, musibah apakah itu? Rasulullah menjawab, Perginya Ramadan kerana sesungguhnya doa di waktu itu dikabulkan, sedekah diterima, kebaikan dilipatgandakan dan azab ditahan.”

Oleh itu, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh pada malam sepuluh terakhir Ramadan mudah-mudahan kita dipertemukan dengan malam penuh berkat itu. Insya-Allah.



p/s maaf jika artikel ini kurang tepat.










Thursday, July 14, 2011

Kelapa Nan Sebatang

 Di keheningan air cond ini,terasa begitu lemah untuk bangun dari kerusi yang emput ini,dan bila ku lihat dan selak fail-fail lama,bila ku klik sistem yg berada di dalam pc aku,maka aku terlihat cuti aku masih panjang,ditambah lagi dengan book off aku selama 4 hari.....woww.....

Maka perancangan telah dibuat untuk aku cuti selama semggu.....seminggu?ya memang semggu...usah ditanya kemana aku pergi kerana sudah ada yang tahu kemana aku ingin pergi hahahahhah...hamba pergi tidak lama hanya untuk suku purnama,hamba pergi bukan untuk sia-sia kerana telah dirancang untuk sebelumnya.....hahahahah

*Entry xde kena  mengena dengan tajuk....pic xde kena mengena dengan n3 ...adakah aku sudah pening?

Tuesday, July 12, 2011

Apa Lagi?

Seperti yang ku jangka terjadi ...Bila mana org minta aku buka akaun fb....senang cakp aku xmau,bila ada sesuatu menggu fikiran aku,bila sesuatu mengusik hati aku,bila student rambut pnjang aku dh potong,nak samseng jgn dlm kelas aku,xpuas hati cakp dpan jgn kata blkang no hal kita  buat selesai.....dan entah mcm2 bila lagi....btul kata org2 tua.....kita lebih byk berdmping dgn kwan2 dr org lain....contoh.....keje 8pg-5ptg dh 8jam....blik umah samapi kul 6 ptg isteri/suami belum tentu ada lagi dpt brhimpun jam 8 mlam...tido jam 11 mlm jd msa bersama cuma 4jam yang lain tido...esok pagi jam 8 pergi keje plak...jadi cmtula rutin harian....senang ckp pilih la kwan elok2......jgn cari kwan sokong membawa rebah....

*Lain yg difikir lain yang di taip...aku sudah pening...hahahahah

Tuesday, June 28, 2011

Tiga Malam Tanpa Bntang

Genap sudah 3 mlm tanpa bintang....bila jejari mula ingin mnekan kyboard,,tetapi idea bagaikan dimusim kemarau,tandus kering kontang..bila perasan mula bercampur baur,bila ku mula berkira-kira untuk melakukankn sesuatu...dah aku sudah xtau nk taip apa......tinggi2 simata hari,anak kerbau mati tertambat,sudah lama ku mencari baru sekarng ku mendapat,.........satu pesan kepada org yg berkwen,,,,,,,,sygkan anak tangan2 kan,sayangkan isteri tgal-tngalkan.....kalu roboh kota melaka,papan dijawa hamba dirikan,kalu sungguh bagai dikata,______________________________lu orag sambnug la plak...

Friday, June 17, 2011

Kenduri,kenduri dan kenduri

Mnngu lepas p kenduri kt sg.besar...memang besar la juga kendurinya.....aku nk cite sikit pasal sorang pgntin ni,punya la loklaq org utara ckp boleh p masuk umh dulu...aku yg tgk pun segan bgaimana plak tuan punya diri ...habuan....apa2 hal pun semua terbaik InsyaAllah....sukan oh sukan