Wednesday, November 16, 2011

Jantan

Tadi menjengah blog ...terbaca satu entry yang menarik,jadi aku pun nak kongsi cerita di sini.....ceritanya..jeng-jeng...kira-kira 21 tahun dulu iaitu 1992 ada sorang ada budak kecil dari kedah yang sudah sampai masaknya nak berkhatan orang kedah cakap masuk jawi......

Upacaranya mudah selepas tarikh tu ada buat kenduri selamat....tiada doctor,tiada nurse yang gebu-gebu,tiada ubat bius,tiada ubat canggih,tiada katil tilam  yang lembut yang ada cuma

-Tok mudin
-Pisau cukur 4 inci panjang
-batang pisang
-MB(sejenis ubat)iodin dan minyak burung merpati.
-Orang tua yang penuh ilmu didada(kerapnya tok guru silat)

-Tok mudin tukang potong
-Pisau alat potong
-Btang pisang tempat duduk
-MB sejenis pil yang ditumbuk halus nak hentikan darah,tabur atas tempat tuttttttt
-Orang tua apa lagi pegang dengan kunci mati la,tak bagi budak mengelupor.....


Selepas 5-6 hari upacara membuka kain balutan pula,itulah upacara paling ngeri selepas upacara potong,bayangkan kain yg melekat kat tut nak ditanggalkan..pehhh apa lagi petua untuk memudahkannya tanggal ialah,titik air teh suam tanpa gula,,baynagkan beb......sekarang 2 hari dah tanggal kain balutan betul tak budak2 sekarang...

p/s:persoalanya sekarang adakah budak sekarang cukup JANTAN untuk tradisi lama????

Rasanya budak kat atas tu teriak sekampung dengar...hahahahahahah

No comments: