Wednesday, December 21, 2011

Dulu Dan Sekarang part 2

Dulu-dulu masuk meeting cam biasa semua orang cuba ngelat xmau buat keje...yang bujang hemtam dah kahwen... yang kawen hemtan bujang.....

Antara ayat-ayat yang digunakan oleh geng bujang.......Orang yang kawen la patut buat kerja, balik umah bini masak baju bini basuh lenguh ada org tolong urut,bilik ada org tlong kemas....

Yang kawen hemtam bujang plak..genng bujang la patut wat keje,sorang2 xde komitmen,senang kuar malam2,balik lewat2 ada banyak masa dan dijawab orang bujang...( awat geng bujang Allah bg masa 25 jam ke sehari?) senang cakap semua sama.

MSR aka Minggu Silaturahim

Mcm biasa patik pacal yg hina ni terlibat lagi dan buat kali ke 2 saya tak akan masuk meeting sebut saya dah paham semua slot...sebabnya dah bertahun2  saya dlm MSR

Tahniah kepada Sha yang bakal menimang cahaya mata.....dengar2 cite boy kan...heheheh terbaikkkkkk

Wednesday, November 16, 2011

Jantan

Tadi menjengah blog ...terbaca satu entry yang menarik,jadi aku pun nak kongsi cerita di sini.....ceritanya..jeng-jeng...kira-kira 21 tahun dulu iaitu 1992 ada sorang ada budak kecil dari kedah yang sudah sampai masaknya nak berkhatan orang kedah cakap masuk jawi......

Upacaranya mudah selepas tarikh tu ada buat kenduri selamat....tiada doctor,tiada nurse yang gebu-gebu,tiada ubat bius,tiada ubat canggih,tiada katil tilam  yang lembut yang ada cuma

-Tok mudin
-Pisau cukur 4 inci panjang
-batang pisang
-MB(sejenis ubat)iodin dan minyak burung merpati.
-Orang tua yang penuh ilmu didada(kerapnya tok guru silat)

-Tok mudin tukang potong
-Pisau alat potong
-Btang pisang tempat duduk
-MB sejenis pil yang ditumbuk halus nak hentikan darah,tabur atas tempat tuttttttt
-Orang tua apa lagi pegang dengan kunci mati la,tak bagi budak mengelupor.....


Selepas 5-6 hari upacara membuka kain balutan pula,itulah upacara paling ngeri selepas upacara potong,bayangkan kain yg melekat kat tut nak ditanggalkan..pehhh apa lagi petua untuk memudahkannya tanggal ialah,titik air teh suam tanpa gula,,baynagkan beb......sekarang 2 hari dah tanggal kain balutan betul tak budak2 sekarang...

p/s:persoalanya sekarang adakah budak sekarang cukup JANTAN untuk tradisi lama????

Rasanya budak kat atas tu teriak sekampung dengar...hahahahahahah

Friday, November 11, 2011

Dulu Dan Sekarang

Dulu

Dulu petang main badminton,malam main futsal jam 12 baru sampai rumah,bangun pagi cuma lenguh sikit2 je..

Dulu main futsal tanpa warm up hentam je main...1jam tanpa rehat....tetap stamina mencanak lagi...

Dulu boleh lari 4 round padang tanpa stop....

Dulu bangun secara pantas tanpa rasa pening...



Sekarang


Sekarang petang tak larat main badminton,malam main futsal 30 minit balik rumah jam 10...lenguh badan samapi 3 hari....

Sekarang main futsal tanpa warm up,rasa nak tercabut semua sendi...

Sekarang jangan kata 4 roung padang bola sepak,1 round gelanggang badminton pun dan nafas tercungap macam lembu kena sebelih...

Sekarang bangun kena slow2,kalu tak pening beb....


Itu apa maksudnya?Apa kesimpulannya?jawapannya hanya satu aku sudah makin TUA

p/s Ada orang tu birtday 12/11 ..happy birthday....Moga diberkati Allah selalu.

Kenapa Portugis Takut Nak Serang Kedah?

Tahukah anda kenapa Wizurai Portugis, Alfonso de Alburque tidak jadi menawan Kedah? Berikut rakaman perbualan antara Alfonso dengan dua orang perisiknya yang tak pernah tercatat dalam mana - mana buku sejarah.




Perisik 1 : Untuk menawan Melaka yang mempunyai lima orang pahlawan, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita dah kehilangan hampir 5000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Kedah tuan. Batalkan hasrat itu tuan!

Alfonso : Kenapa? Kenapa takut nak serang Kedah?


Perisik 2 : Tuan! Hasil risikan kami, kami dapati banyak sangat "Hang" di Kedah. Lebih lima orang.


Alfonso : Cuba kamu sebut nama-nama mereka? Entah-entah aku kenal!


Perisik 2 : Baik tuan....antara nama-nama yang sempat hamba catat....Hang Sihat, Hang Buat Apa, Hang Apa Habaq, Hang Lagu Mana, Hang Pi Mana, Hang Bila Nak Mai, Hang Nak Pi Mana, Hang Singgah Dulu, Bapak Hang, Mak Hang, Adik Hang, Tok Hang, Kepala Hotak Hang dan macam - macam lagi Hang tu ada kat sana...


Mendengar hasil risikan Perisik 1 dan Perisik 2, Alfonso pun tak jadi nak serang Kedah. Nama Hang yang disebutkan itu aneh-aneh belaka! (Jangan marah ya orang Kedah)

Thursday, November 10, 2011

Rintihan isteri nahas kereta

POH: “Saya mahu menatap wajah abang buat kali terakhir,” begitu kata pengurus bank, Mukrimah Hamzah, 37, sambil berlinangan air mata sejurus mengetahui suaminya, Aidi Kharsana Ahmat, 38, terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 315.9 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah, kelmarin.
Permintaan wanita itu menyebabkan suasana di Wad 4B, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bertukar hiba kerana hajat itu tidak dapat ditunaikan ahli keluarganya berikutan keadaan dirinya yang cedera parah.

Dalam kejadian jam 10.20 malam, kereta Perodua Alza dipandu Aidi bersama Mukrimah dan lima anak mereka melanggar belakang sebuah lori menyebabkan ia melintang di laluan paling kanan lebuh raya sebelum kenderaan mereka dirempuh pula sebuah kereta yang gagal mengelak.
Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa anggota badan dan kepala manakala Mukrimah serta seorang anak, Mohd Mukhriz Shah, 3, cedera parah. Bagaimanapun empat lagi anak mangsa hanya cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar hospital.

Mukrimah patah kaki kiri selain kulit kepalanya terkoyak serta luka di beberapa bahagian badan manakala Mohd Mukhriz patah kaki kanan dan menerima rawatan di HRPB.

“Saya tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku dan sebaik tersedar antara jam 3 hingga 4 pagi tadi (semalam), saya mendapati sudah berada di wad hospital.
“Saya diberitahu suami dirawat di Hospital Tapah manakala lima anak dirawat di sini. Namun, saya hanya tahu suami sudah meninggal dunia tengah hari semalam,” katanya.

Mukrimah yang ditemui wartawan Harian Metro di HRPB jam 2.15 petang semalam berkata, keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Petani, Kedah selepas menyambut Aidiladha di rumah saudara-mara suaminya di Melaka dan Johor.
Katanya, mereka bertolak dari Pontian, Johor jam 11 pagi melalui jalan lama dan singgah di Nilai, Negeri Sembilan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.

“Kami sepatutnya pulang ke Kedah kelmarin (Isnin lalu), tetapi abang demam dan batuk. Selepas berbincang, kami memutuskan pulang pagi semalam (kelmarin) bagi membolehkan abang berehat secukupnya,” katanya

Thursday, October 6, 2011

Semalam Yang Hilang

Hati begitu sedih dek terkilan mengenangkan khilaf semalm,Ya sebagai manusia kita tidak terlepas melakukan kesilapan,namun sebahai hamba-Nya kita harus memohon agar Allah mengampunkan dosa yang telah kita lakukan

Sebagai umat Islam yang sebenar-benarnya yang mengaku sebagai hamba-Nya tidak akan melakukan dosa yang sama berulang-ulang kali,memohon keampunan keranan Allah pasti mendengar doa kita semua.

Allah pernah berfirman yang bermaksud:

"Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganla kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang."

Sebagai manusia kita tidak terlepas dari ujian,tetapi masihkan aku mampu menanggung ujian....sekarang suasana di sini hujan,fajar menyingsing tapi bulan masih mengambang,disinila keluhannya membuka mataku,dan layu sekuntum bunga hendak ku beri kepadamu


                                                   Selebat hujan yang turun
                                                   Mencurah membasahi bumi
                                                   Tidak selebat hujan
                                                   Di dalam jiwaku
                                                   Sehebat halilintar
                                                   Membelah langit yang kelabu
                                                   Tidak sepanas petir
                                                   Yang membakar hidupku
                                                   Oh hujan
                                                   Di antara airmataku

*Apa yang mengarut ni arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Thursday, August 18, 2011

Seharian DI Sentral

MMMMnnnnn kul 2 abil train ke Mid Valley tanpa arah tujuan pusing pastu blik....balik nk ke sentral ni yang bikin panas ni..tuggu sejam train xsampai2....dah samapi plak penuh gila dah la tu aircond xde...cuba bayangkan.......

Di Sentral

Bosan apa lagi kedai buku la jawabnya..dari jam 3 petang hingga ke 9.20 malam pehhh....utusan malaysia abis semua baca,Dewata Raya  abis dua komik,Cerita Saya (Lim Goh Tong) abis baca,Bagaimana Menjemput Pertolongan Allah abis baca...last sekali berbuka air kotak Nestle Coffee,lepas jamak kt surau sentral ingatkan nk p mkn2 xp semua penunh....dh tu ketapi sampai igtkan nk mkn ats cafe ketapi....xp apakah daya cafe tutup katanya koc cafe diservis.....dh tu apakan daya sahur mineral je la sebotol...




Wednesday, August 10, 2011

Lailatul qadar formula al-Ghazali

KITA berada dalam bulan mulia dan penuh berkat. Selain diwajibkan berpuasa selama sebulan, kita juga dituntut melaksanakan pelbagai ibadah sunat sebagai iringan ibadah utama itu.

Berbicara mengenai Ramadan sudah tentu topik al-Quran menjadi perkara biasa yang diperkatakan. Ini kerana dalam bulan inilah Allah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk yang benar untuk umat manusia.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud, “Ramadan bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).”

Dalam surah al-Qadr ayat pertama Allah berfirman bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.”



Jelaslah melalui kedua-dua ayat berkenaan malam lailatul qadar itu pada Ramadan yang menjadikan bulan mulia ini ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman untuk bertaqarrub kepada Allah demi menemui malam itu. Melalui surah al-Qadr ayat 2-5 Allah menyatakan, “Dan tahukah kamu, apa malam qadar itu? Malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Tuhan untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai fajar terbit.”

Demikian mulianya malam qadar itu. Sesiapa menemuinya dianggap insan yang beroleh keuntungan kerana segala amal ibadah sepanjang malam berkenaan akan diberikan ganjaran pahala melebihi malam lain.

Oleh itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh mencari malam qadar secara konsisten sepanjang Ramadan. Tidak perlu menunggu sepuluh malam terakhir baru hendak bersungguh-sungguh beribadah sedangkan malam sebelumnya kita sambil lewa saja.

Jika hal itu terjadi, kesungguhan kita tidak ditemukan Allah kepada lailatul qadar. Ini kerana lailatul qadar untuk orang beriman, bertakwa dan beramal ibadah secara konsisten sepanjang Ramadan dan bulan sebelumnya.

Oleh itu, sebagai memenuhi hasrat dan keinginan untuk menemui malam lailatul qadar itu, kita mesti sentiasa melaksanakan amal ibadah dengan kekuatan hati tanpa mengira sama ada di awal, pertengahan mahupun di akhir Ramadan. Yang penting kita berazam dan terus menunaikan semua ibadah fardu dan sunat dengan keyakinan padu demi mengharapkan keredaan Allah.

Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada malam al-Qadar, Jibril a.s turun diiringi malaikat lain sambil memohon rahmat dan menyampaikan salam kesejahteraan bagi setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk sambil berzikir.”

Dalam mencari malam al-Qadar, kita perlu meneladani apa yang ditunjukkan Rasulullah kepada kita.

Menjelang sepuluh terakhir Ramadan, Rasulullah berjaga sepanjang malam untuk beribadah dan membangunkan semua anggota keluarganya. Baginda membangunkan keluarganya untuk bersolat pada malam sepuluh terakhir sedangkan baginda tidak berbuat demikian pada malam sebelumnya.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan Abu Dzar r.a sabda Nabi, “Bahawasanya Rasulullah melakukan solat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25) dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahawasanya baginda mengajak (solat) keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27) saja.”

Inilah bukti Rasulullah sangat mengambil berat mengenai solat pada malam sepuluh terakhir Ramadan. Sebagai umatnya kita wajar mencontohi Rasulullah dalam menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadan dengan aktiviti ibadah.

Ibu bapa sepatutnya memberi contoh terbaik kepada anak bagaimana cara terbaik memanfaatkan peluang keemasan sepuluh malam terakhir Ramadan untuk menemui lailatul qadar.

Dengan ibadah berterusan tanpa jemu dan penuh tawaduk kepada Allah kita pasti menemuinya. Mengapakah kita perlu bersungguh-sungguh mencari malam al-Qadar itu? Malam lailatul qadar adalah malam pintu langit dibuka, doa dikabulkan dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.

Sabda Nabi yang bermaksud, “Barang siapa mendirikan solat pada lailatul qadar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah nescaya diampunkan dosanya yang lalu.’ (Hadis riwayat Muttafaq ‘alaih).

Langkah terbaik untuk memenuhi malam sepuluh terakhir Ramadan ialah dengan menunaikan solat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, beristighfar dan bertaubat dengan tulus ikhlas.

Dalam mencari malam lailatur qadar, Imam al-Ghazali meninggalkan formula yang boleh kita ikuti demi mencari malam penuh berkat itu.

Katanya, jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan. Jika awal Ramadan jatuh pada Isnin, malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21.

Seterusnya kata Imam al-Ghazali lagi, jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaat, malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan, manakala jika awal Ramadan pada Sabtu, diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.

Demikianlah formula Imam al-Ghazali dalam memandu kita mencari malam lailatul qadar. Namun, yang lebih penting ialah jika sepanjang malam Ramadan kita penuhi dengan amal ibadah, sudah pasti malam lailatul qadar menjadi milik kita kerana setiap malam kita isikan dengan pelbagai menu Ramadan berupa amal soleh.

Sebagai mukmin mengharapkan keredaan Allah, seharusnya kita mempergunakan sebaik mungkin Ramadan lebih-lebih lagi pada sepuluh hari terakhir.

Daripada Jabir r.a Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Apabila tiba malam terakhir Ramadan, menangislah langit, bumi dan para malaikat atas musibah yang menimpa umat Muhammad. Seorang bertanya, Ya Rasulullah, musibah apakah itu? Rasulullah menjawab, Perginya Ramadan kerana sesungguhnya doa di waktu itu dikabulkan, sedekah diterima, kebaikan dilipatgandakan dan azab ditahan.”

Oleh itu, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh pada malam sepuluh terakhir Ramadan mudah-mudahan kita dipertemukan dengan malam penuh berkat itu. Insya-Allah.



p/s maaf jika artikel ini kurang tepat.










Thursday, July 14, 2011

Kelapa Nan Sebatang

 Di keheningan air cond ini,terasa begitu lemah untuk bangun dari kerusi yang emput ini,dan bila ku lihat dan selak fail-fail lama,bila ku klik sistem yg berada di dalam pc aku,maka aku terlihat cuti aku masih panjang,ditambah lagi dengan book off aku selama 4 hari.....woww.....

Maka perancangan telah dibuat untuk aku cuti selama semggu.....seminggu?ya memang semggu...usah ditanya kemana aku pergi kerana sudah ada yang tahu kemana aku ingin pergi hahahahhah...hamba pergi tidak lama hanya untuk suku purnama,hamba pergi bukan untuk sia-sia kerana telah dirancang untuk sebelumnya.....hahahahah

*Entry xde kena  mengena dengan tajuk....pic xde kena mengena dengan n3 ...adakah aku sudah pening?

Tuesday, July 12, 2011

Apa Lagi?

Seperti yang ku jangka terjadi ...Bila mana org minta aku buka akaun fb....senang cakp aku xmau,bila ada sesuatu menggu fikiran aku,bila sesuatu mengusik hati aku,bila student rambut pnjang aku dh potong,nak samseng jgn dlm kelas aku,xpuas hati cakp dpan jgn kata blkang no hal kita  buat selesai.....dan entah mcm2 bila lagi....btul kata org2 tua.....kita lebih byk berdmping dgn kwan2 dr org lain....contoh.....keje 8pg-5ptg dh 8jam....blik umah samapi kul 6 ptg isteri/suami belum tentu ada lagi dpt brhimpun jam 8 mlam...tido jam 11 mlm jd msa bersama cuma 4jam yang lain tido...esok pagi jam 8 pergi keje plak...jadi cmtula rutin harian....senang ckp pilih la kwan elok2......jgn cari kwan sokong membawa rebah....

*Lain yg difikir lain yang di taip...aku sudah pening...hahahahah

Tuesday, June 28, 2011

Tiga Malam Tanpa Bntang

Genap sudah 3 mlm tanpa bintang....bila jejari mula ingin mnekan kyboard,,tetapi idea bagaikan dimusim kemarau,tandus kering kontang..bila perasan mula bercampur baur,bila ku mula berkira-kira untuk melakukankn sesuatu...dah aku sudah xtau nk taip apa......tinggi2 simata hari,anak kerbau mati tertambat,sudah lama ku mencari baru sekarng ku mendapat,.........satu pesan kepada org yg berkwen,,,,,,,,sygkan anak tangan2 kan,sayangkan isteri tgal-tngalkan.....kalu roboh kota melaka,papan dijawa hamba dirikan,kalu sungguh bagai dikata,______________________________lu orag sambnug la plak...

Friday, June 17, 2011

Kenduri,kenduri dan kenduri

Mnngu lepas p kenduri kt sg.besar...memang besar la juga kendurinya.....aku nk cite sikit pasal sorang pgntin ni,punya la loklaq org utara ckp boleh p masuk umh dulu...aku yg tgk pun segan bgaimana plak tuan punya diri ...habuan....apa2 hal pun semua terbaik InsyaAllah....sukan oh sukan

Monday, May 23, 2011

Antara Hujan dan Air Mata

Orang ckp lelaki tegar dlm menitiskan air mata,kalaupun menangis xkn bgtau org,xkan bg org tgk sebolehnya...tapi........betul ke....mungkin dalam hati ada yg menangis...FAdzilah Kamsah berkata dan memang betul pun.......lelaki tak akan minta tolong kt pasangannya,tapi pasanganya kena paham...hehehe 105 astro prima,dengar sambil pakai stokin nk p keje.....(pengalaman kwan yg bkhwen bgtau pun cm tu gak)


Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku
Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju

Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih...


Sudirman.


*Alhamdullah student yg tertelan clorox sudah dtg kelas...(nampak cerah la ckit hahaha)

Saturday, May 21, 2011

macam-macam

Minggu ni kerja laju gile nk clearkn portfolio budak...untuk SKM,pastu miggu lepas ada waris call gtau,student aku tertelan clorox...pehhh adusss tertelan xpe,jgn telan,sekarang dh kuar dr hosp..nk p padang besar beli pulut...hahahahahah

Monday, May 9, 2011

Utara + Selatan

Debaran makin terasa,bahang mula menyala,tekanan telah diberi menjelang minggu2 akhir,Insyallah moga dijalan seperti yg dirancang....semuanya menjelang Barca yg berpengkalan di catalan utara vs Man U yeng berpekalan di selatan.....dan FA Cup pada bulan 6 nanti


*Biar jasa jadi kenangan
*Malam td Man U menang daa
*Barca pun menang

Monday, April 25, 2011

Robocon xsiap lagi...yang xsiap lagi part yg di bawah aku plak tuuuu....pehhh cantek sgt la..kalu xsiap memang xlain xbukan la yg dipersalahkan...duty aku ada yg xsiap lagi...borang2 ada yg dh diisi......alamakkkk......
aku yg bz atas keje byk atau aku gagal dlm pengurusan masa ni....

Sunday, April 24, 2011

TCTP

Hari Ahad kerja claim ot hahahha....sabtu kt kg,Ahad kt tempat kerja yuhuuu...ajar org kilang T Fillet.....TCTP Third Country Training Program...hari pekerja ni kwan aku kwen...selayang tu selangor tgh pk nk p ke x...pastu bulan enam pun ada lg selangor juga....moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhrat aminnnn.

Sunday, April 17, 2011

Lesson Plan

Bila Hostel sudah dinyalakan lampu....bila kebisingan memecah kesunyian,maka ertinya aku kena mencari semula marker pen....lesson plan (poyo je LP nk buat)

Thursday, April 14, 2011

Myskills & COE

i)Terharu dan Malu-Kali pertama p tempat blajar aku dulu untuk selection final myskill
aku terharu ketua hakim n hakim masih kenal aku

ii)Malu-Projek aku xmcm mana pun,tapi lega walaupun mungkin aku xdpt membanggakan
sesiapa,aku juga xmalukan sesiapa.

iii)Kepada YDP MPP tahun 2001-2003 "Haji"tempat kita belajar dah xmcm dulu canggih semuanya,dulu student pompuan nk pakai rantai kaki pun xberani yg berloceng,free hair apatah lagi,baju berlengan pendek pun sgt jarang itu dulu haji.....sekarang hang p tengok sendiri haji oii..

*Haji adalah nama pggilan bg seorang sahabat yang sekarang bertugas sebagai pengajar disebuah ILP

*COE-Centre of excellent

*Aku yang serba berkurangan

Thursday, April 7, 2011

y=mx+c+3.142

Bila semua berkisar tentang pangkat,darjat dan harta...aku sudah bosan disini,aku sudah tidak ada motivasi untuk bkerja...kau bawah xlayak tegur aku,aku tggi xlayan kau,kau siapa dan aku siapa....semuanya sama,sama,sama dan terus sama, pk lain ckp lain buat lain...dunia yg penuh kepalsuan,hpokrit,talam lapan muka,lalang.....

tapi semua ini mungkin aku yg lemah,x terdaya,,Ohh tuhan ku tabahkan hati ku,temukan aku dgn ketenangan....

p/s:Jadila rumpun nan lemah lembut tak gugur di badai ribut...


kecerunan garis  lurus xsama dgn 22/7 tajuk berikt xde kena mengena dgn N3 ...saja nk letak ikut suka aku..

Wednesday, April 6, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa

Miggu lepas lepak dgn kawan yg dtg dr JB sesudah 7-8 tahun xpenah jumpa.....jumpa kt Pekan Rabu pehhhh dh jadi Pegawai Kastam.....lepak mnum2 bawa jln2 kt Asetar...dan bila jumpa kawan lama maka paggilan nama aku telah ditukar kepada Joey paggilan lama dr kawan2 dr selatan n pantai timur....

Miggu lepas juga jumpa kwn lama sek. voka...lagi lama x jumpa last jumpa tahun 99...dn aku disapa dgn pggilan Jon/Jun paggilan kg kwan2 dr kedah...jumpa plak rare gile kt Blai Traffic Alr star....pehhhhh dia hebat bekereta besar..berkemaja,bkasut hitam..aku cm besa budak kg yg belomoih pkaiannyaa...

Last sekali kemarin meeting sukan...hahahah 19-23/6 aku ke Pedas Sukan semalaysia....hampa nk tau dr...... As - KL jarak 400.5 km n Tol Rm 54.70 sehala ......Dr Pedas-KL jarak 114.5 km n Tol Rm 16.20 sehala......jd matematiknya dan sebabnya...kenapa aku syok sgt nk p KL ni??????

*cuti panjang ke cuti pendek tp cuti panjang time stdnt xde kureng best...stdnt ada br syok cuti?????????????????????????????????????????

Monday, March 28, 2011

SPM

Tahniah kepada pelajar2 yang berjaya dlm exam baru2 ini...hebat2 ....tapi cam besa la aku lebih suka bincang tajuk yg menongkah arus...bilamana org lain sibuk dgn pelajar2 cemerlang kemana arah tujuan mereka,biasiswa,U mana yg akan dipilih utuk stdy dan mcm2 lagi plan yg dirancang untuk pelajar hebat ini yg pasti mereka adalah anak emas yg ditmang2 dan telah tersedia jalan yg terang untuk dilalui................

Tetapi bagai mana yg kurang bernasib baik?inila solan yg timbul dlm otak aku,

kemana arah tujuan mereka?

sedarla yg mereka juga perlu bimbingan,perlu ransangan,mereka juga ada perasaan,perlu ditunjukkan jalan...kerana jika mereka dipingirkan,mahu tidak mahu mungkin ada diantara mereka yg akan tersilap buat pilihan...maka bila tersilap....hampa pk2 la sendiri..........


Sinar harian 28/3/11
Kolumnis:

cam ni kenyataan :.....en xperlu tolong pelajar itu dahla pengotor,tidak cerdik, kaki ponteng plak tu,kalu nk tolong,tolong yang pembersih cerdik...pehh kenyataan dr seorang guru...tu link hampa baca je.....dasar pemilih nk bg ilmu

http://www.sinarharian.com.my/sh/kolumnis/content.asp?ID=127

Anugerah Dari Kegagalan

*Hang Tuah Yg Setia itu lagi dihukum Sultan inikan pula Hang Jebat

lemon:sentiasa menongkah arus

Tuesday, March 22, 2011

Hari itu

Hari nya makin hari makin hampir...xp aku belum ada apa2 pesediaan,org len aku tgk bila ada hari penting ni,tnya veteran2,tgk buku2 xkurang juga ada yg training awal2..

Tapi aku wat dono je...wat xtau je walaupun sure dh dekat,sebab aku xde mood nk training,tapi tnya vateran ada laaa,kursus dh berkali2 tp still takut..maklum la nk berdepan dgn naga,harimau pendek kata yg dasyat2 la nak jumpa nanti...pada hari itu...aku ni serius xtau pe2.

Keta pun xservis lagi.,tempat penginapan xtau kt mana lagi xp Insyaallah 3 hari la kot kt sana pastu balik.............Hari itu akan dtg jua bulan depan......


p/s tak dapat training le mesin rosak,current tak stabil..hemtam je labuu

Sunday, March 20, 2011

Bahayanya Facebook...

 Kisahnya mula suka-suka,boring2 pastu jumpa kawan lama luah  perasaan publish kan,pastu jumpa bf lama,tanya2 khabar pastu...................................lu klik la url kt bawah tu senang lu baca sendiri.........................................jangan ckp xserupa bikin....minta simpang leeee


http://www.hmetro.com.my/articles/Retakdekfacebook/Article/artikelMA


Tepuk dada tanya iman,iman sendiri xboleh jawab tanya iman ustaz....

Friday, March 18, 2011

Forest for People

Sempena hari hutan sedunia yg ke 40 ni aku telah terpilih(cam hampeh je bunyi)utuk ke majlis sambutannya yang akan diadakan di Kolej Kejururawatan....woww yahooo....bunyi cm jauh je tempat tu...hany seberang jalan haahahah...tarikh 21,jam 9pg......

Alang2 cite bab hutan ni ni haa satu ayat.....kenapala org suka tengok pohon nan sebatang tapi xnampak hutan nan merimbun......donia,donia....dunnia sapna....


Tahniah:

-Wan Bob untuk kelahiran anak sulung

-Tiger Wong untuk kelahiran anak ke-2


p/s:jom layan Forest Gump.....run forest...run



life was like a box of chocolates.
You never know
what you're going to get.

Wednesday, March 16, 2011

Telefon bimbit boleh rosakkan sperma, mati pucuk: CAP

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa pengguna telefon bimbit berisiko untuk mempunyai bilangan sperma yang kurang dan berkualiti rendah, selain terdedah kepada kemungkinan mengalami mati pucuk.

Dakwaan CAP itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang dilakukan berhubung penggunaan telefon bimbit. Bagaimanapun, CAP tidak menyatakan pihak yang melakukan kajian berkenaan.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata kajian itu mendapati mereka yang menggunakan telefon bimbit lebih empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
“Satu lagi kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

SM Mohamed berkata, pengguna yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar akan terdedah kepada Frekuensi Radio (RF) lebih tinggi kerana antena biasanya berada di belakang dan hampir dengan tubuh badan.

Katanya, doktor percaya kerosakan sperma mungkin disebabkan oleh radiasi elektromagnetik dari telefon bimbit atau haba yang dihasilkannya.

“Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu lagi faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok dan tekanan," katanya.
Beliau menjelaskan pengeluar telefon bimbit juga sudah mengeluarkan amaran mengenai risiko penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan.

Contohnya, syarikat Apple dalam buku panduannya memberi amaran kepada pengguna supaya menjauhkan iPhone Inc jarak sekurang-kurangnya 15mm dari tubuh.

Berikutan risiko penggunaan telefon bimbit itu, SM Mohamed menggesa kerajaan supaya mewajibkan setiap telefon bimbit mempunyai tanda amaran bahawa alat telekomunikasi itu berpotensi menjejaskan kualiti sperma dan meningkatkan risiko tumor otak.

Kerajaan juga perlu memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah menggunakan telefon bimbit melalui kempen.


p/s:mana tempat selamat nk letak hp ni?

Tuesday, March 15, 2011

As Selatan - Tapah

Minggu lepas p menyambut kawan aku kat selangor....cm besa malam sabtu akad nikah lepad kt homestay parit 16 1/2.....sabtu pagi p mnum2 kt pekan sg besar...sabtu tghr p umah pengantin kt tebuk jaya kot....ptg balik kg....yg herannya dtg ikut tapah balik ikut bidor plak....

Khamis ni dia knduri kt kg kami plak adusss xcuti pun...sbab aku simpan cuti untuk aku...

Cuti oh cuti

Aku ada cuti lagi 38 hari tahun ni....aku di nasihatkan abil cuti awal untuk megelakkan xsempat abis cuti....xpe jgn tkut nti aku abil cuti 3 mggu...mcm kawan aku yg kawen org selangor tu cuti 3 mggu.....dan untuk pengetahuan semua aku p kawasan SB tu sudah 3kali dengan beralasan.......alasan pertama p beraya,ke2 rahsia,ke3 p mnyambut kawan aku...sekian......

Wednesday, March 9, 2011

Fight Back To School II

Ganaz memang ganaz,mula sekolah kt perlis..cikgu tengah ngajor kt dlm kelas sekumpulan pelajar menarik rkan mereka untuk dibelasah (ramai2 lawan sorang, gajah pun mati bro)...wow ada patah riok tu...cikgu xsempat tgk katanya...wow maklumla khusyuk mengajar....lepas tu kat len plak,ubah suai mercumn bom sekolah wow ganaz2...

Cikgu2 sabo,relex lagi2 cikgu muda,jgn mare2,kalu cikgu pompuan plak jgn nagis kalu kena ngorat dlm kelas hahaha....bila budak bertumbuk tgk dh le heheheh.....kalaula aku cikgu sekolah apa tindakan aku?ni kalau je:-

1.Tolong student jgn bertumbuk depan aku..
2.Nak samseng sgt jgn tunjuk depan aku..
3.Nak tido dalam kelas aku no hal punya....xp jgn berdengkur.
4.Jgn bersembang terlampau kuat atau kerap2,kdng2 xpe mgkin bosan kot.
5.Pakai biar beradab..
6.Jgn abil sebarang barang terlarang,sebab aku tau kalau hampa abil ganja @ ais.
7.Kalu jemu sekalipun jgn kuar dr kelas aku...lyn je la.
8.Jangan bunyi hp...silence je xpe.angkat tgn boleh minta nk jwb call.
...
...
...
...
13.Jangan cabar aku....contohnya?kalu cikgu berani tampar la...sebelum habis perkataan tampar,aku dh tampar.nak penyepak pun boleh no hal,set time je...n ditekan kan sekali lagi tolong jgn buat samseng depan aku....

Tapi aku bukan cikgu sekolah hahahahah.....


*Kalu ramai student yg bertumbuk tu....sebenarnya bukan semua berani,sorang 2 je berani yg len menumpang...jd tarik yg kepala tu sepak dulu...sure yg len takut..

*Satu ayat yg aku ingat sampai sekarang "Kami ni nak mendidik bukan nak menternak-97"hahah ganaz x cikgu aku...?jadi aku dah besa duduk sek3ls dgn harimau n singa jadi aku tau nk tackle student2 yg ganaz ni....

Tuesday, March 1, 2011

Heran dan ajaib

Kenapa mggu lepas di cafe...tiba2 aku ditegur kenapa menanggis....oh menanggis?ohh tidak aku xmenanggis....heran aku kenapa air mata mngalir@bergenang di mata tanpa ku sedari....lepas mkn plak tu...sgt la heran.....

Minggu depan kawan aku ajak p menyambut dia nk akad nikah plak...keta xservis lagi,dgn tyre botak,mnyak hitam lg aduss nk servis bajet xde...nak kata xboleh x tergamak...jdi boleh je la...selangor tu...

Hp lagi wat hal....rosak lagi bgus...xyah bos2 call...kalu call kena angkat...kalu rosak langsung xtau pe2...

Siap kena teow lagi nasib badan le....mula igt xmau pk semua benda tu,xp dh namanya manusia waras,mesti ada pk gak semua hal..

*Ramalanku benar belaka jd sediakn Umbrella sebelum hujan.

p/s:sgt xsuka kalu xde peluang membela diri....

Monday, February 28, 2011

11/3/20011

Cuti lagi.....apakan daya....ada hal perlu diuruskan .....bersama sorang kwan lama.......

5GC Pipe 5"S40 M/S = GTAW/FCAW

3G Plate M/S = FCAW

2G Plate Al = GTAW

2G Plate S/S = SMAW

4G Plate M/S = SMAW


apa kebenda yg aku taip ni pun aku xtau huhhhhhh...Sekian Terima Kasih

Thursday, February 24, 2011

Ertinya Apa?

Situasi 1


Tadi p ITI jitra....wow lagi pertanyaan dlm perjalanan ke surau untuk zohor di kelui dr jauh...hai bila  nak ?.....senyum sebagai jawapan..

 Situasi 2


Bila balik dr jitra sampai opis...tiba2 dapat call....ini tranksasi diolog

Wanita:hello lemon dtg abil hadiah.!

lemon:hadiah apa plak?

Wanita:hadiah birtday hang la...

Heran aku brtday aku dh lepas berapa lama dulu..baru nk bg hadiah...org bg ambil je la...indulgeon cake secret resipe tu...pehhhhh....

 Situasi 3


Balik dr opis petang berjoging....4km beb aku jogging


 Myskill


Lagi satu aku lulus exam myskill beb pehh  xsangka aku yang xbijak ni dapat lulus..Alhamdulillah ujian Allah kepada aku... Pra Q untuk praktikal 2-8 April ni InsyaAllah...

*Tq kepada Club
*Kelui perkataan utara bg maksud panggil dr jauh

Wednesday, February 23, 2011

Apa Ertinya

1.Bila sudah ingin apply kuarters kerajaan @ sewa kat luar?

2.Sudah rasa nak kuar dr umah bujang?

3.Sudah rasa nak beli mesin basuh,tv,dan?(xlarat basuh dgn tgn daa,EPL maaa )

4.Sudah masuk kedai yg xpenah  dimasuk?(heran  nape kebanyaknnya lelaki tetapi
   ada ckit kelembutan tokey kedai yg dimasuk tu.......auwww uuuu?

5.Bila ingin sudah ada jawapan untuk pertanyaan kawan2?

6.Bila dah xmau p sukan semalaysia di N9 pada bulan 6?

7.Bila dah xmau terlibat dengan xtvt minggu MSR untuk pelajar baru?(sampai lewat mlm bro xtvt,maunya  
   jam1 mlm baru abis, bulan 6 juga)

8.Bila dh rasa  akn menjadi salah satu penyumbang kepada keuntngan plus
   sekaligus kepada negara.

9.Bila kad TnG sudah mula  dicari?

10.Bila  sangat terasa dengan kenaikan harga minyak dan tol?(dulu tol naik xla la
    heran sgt...skrg sgt la heran)

p/s:N3 dari seorang sahabat yg bujang yg diberi kebenaran menggunakan blog ini harap maklum*tiada kena mengena dgn lemon.

Tuesday, February 22, 2011

summer nite dream

-tahniah pelajar2 stpm...kemiskinan bukan halangan kecacatan bukan rintangan......terbaik punya la...ubah nasib keluarga....yang x berjaya ini bukan penamat segalanya..

-kenapa imej di cermin berkata2..byng2 dilantai juga berkata.........dengan perkataan...padan muka hg......Mereka lihat ku tersenyum Gembira bagai tiada duka Begitu indah dipandangan....hahahahahahhaahhahahahahhahahahah...failed is not one option tetapi tetap ada dalam pilihan.....






*Cermin Mimpi

Monday, February 21, 2011

Pra Q

Masa: Rabu jam: 530 pm.

Sesudah sampai di S Alam ...abil blik di Hotel D Palma...sesudah itu p mkn dgn member dlm jam 8.30pm..siap pimjam pen n pencil kt dia maklumla nk exam...(lupa bawa pencil n pen)

Masa: Khamis jam:9.00 am

P tempat exam daftar masuk...sesudah itu diberi laser ku sangkakan untuk menonton bola sepak...rupanya pawer point laser,dan diberi kertas hijau yg tercatat 9F23-9F95-3529-4FF1.....rupanya pen dan pencil sudah xberguna lagi...password online exam.

10.30 am hari yg sama

Tamat exam..ohhh gileeee susah beb...x expect pun solan cam tu...yg dtg plak cikgu2 kanan sekolah teknik,penyarah komuniti n kolej2 kemahiran,olypiad,world skill,asean skill semua yg penah pgang pingat... paling pekak pun johan tangan emas perdana menteri......gileee aku mcm kena lawan atas padang xsama rata dengan depa ni...aku ni patik pacal yg hina nun tinggal disebalik bukit je ...


Tiada markah lulus...solan 60 objektif masa sejam setengah je.....top 20 dapat ke next step.....tapi petik kata2 DSAI pada tahun 1998 ...lawan tetap lawan

*TQ untuk pencil le meridian.....bukan jenama baru untuk standart peperiksaan malaysia...


Sama tapi tak serupa...pic tak de kena mengena dengan entry...

Wednesday, February 9, 2011

MyPrenn

Mula-mula cirit birit,muntah pastu cirit birit n muntah sekaligus......anak2 kwan aku...aqim,rizal,jawaher telah diserang virus...

Sebabnya berkongsi camca dengan yang lain....pindahan melalui air liur....umo dlm linkungan 1-4 tahun....

Nak wat cam ner antar tempat asuhan la...suami isteri berkeja jd terpaksa la anta tempat asuhan..jd satu tempat asuhan kena jangkitan.....

Sebabnya Rota Virus

......ohhhhh ......nasib bek dulu aku mak x bekeja..jd xshare le camca dengan budak lain......tapi bagaimana plak dengan ank2 kita????


Tapi kerupok rota pun jagn mkn mekhinzir buta baca dulu ramuan nya

*Semenjak masuk Myskil semua tajuk dah ada MY

Tuesday, February 8, 2011

MySkills



Masalahnya kenapa aku ...patik pacal yang hina nun tiggal disebalik bukit...diminta masuk competion ni....myskills ni utk yg hebat2 je...aku?

Masuk dlm kategori welding..welding aku pun xtau ni baru je dengar istilah welding.....nasib badannnn.

VISI

Meningkatkan kualiti dan kekompetensi tenaga pengajar bertaraf dunia melalui Pertandingan MySkills.

MISI

1. Menggalakkan tenaga pengajar untuk meningkatkan kemahiran melalui
pertandingan;
2. Menilai keberkesanan program latihan kemahiran di Malaysia;
3. Meningkatkan pemahaman orang awam dan membudayakan kerja berteraskan kemahiran
ke tahap tinggi; dan
4. Menggalakkan penglibatan dan komitmen tenaga pengajar serta industri untuk
menyertai pertandingan kemahiran.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

1. Memberi pengiktirafan dan meningkatkan kekompetenan pengajar kemahiran.
2. Melahirkan pengajar yang mempunyai daya saing dan mutu kerja yang setaraf di
peringkat antarabangsa ( world-class instructor )


Aku plak kena p test teori dulu pra-Q....sebelum prktikal

"Biau bidara didalam piring,Ambil galah haluan perahu,
Seorang jalak seorang biring,menang dan kalah belum tahu."......Lawan tetap Lawan


-Pic.CSWIP 6G Training 09

Wednesday, February 2, 2011

Malam Berdarah

Penghuni Rumah tu.....

Yon,faizul(kedaH),Abu,Wan(pahang),Dato(perak),Matnoq,Jawe,mahzan(johor


Kisah ni berlaku dalam tahun 2002/03..tempatnya S Alam,sekyen 18 di sebuah rumah sewa,terdiri dari 8 org student dr seantero malaysia......rumah ada 2 bilik je...jadi pandai2 le......didalam bilik atas.......

3 orang sahabat 2 dr kedah satu dr pahang....nama mereka Abu,Yon n Faizul.....cm besa kul 12 baru nak tido...abu dgn faizul je tido....yon x tido...apa yg hampehnya...

..kat sana kan byk nyamuk...si yon ni yg xtido.boleh dibiarnya faizul dgn abu di sedut darah oleh nyamuk,kemudian nyamuk gumuk dgn darah baru ditamparnya nyamuk...kemudian darah abu dgn faizul dituliskan nama di dinding bilik...apa punya pelik hobi...jd nak lengkapkan perkataan ABU n FAIZUL perlukan 3 malam...cuba bayangkan berapa ekor nyamuk menjarah badan abu nk faizul.....untuk hobi pelik seorang kwan....

*Yon cikgu dh sekarang di Kedah...dah kwen anak sorang
*Abu pun cikgu dh Pahang..dah kawen anak sorang
*Faizul..........fail peribadi xdpt dijumpai lagi

Monday, January 31, 2011

Kiranya Ku Tahu

Saman xbayar lagi..baru nk p baya..dlm balai beratur panjang xjd le...dh tu exhaust keta plak reput huh melayang 2ratus p welding n tuka baru...jadi saman xdpt baya...

last kali nk cuti..tu je.....tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Wednesday, January 26, 2011

Mari Kita Bakar Jari

Bermalam Di Katil Seorg Lelaki

Tak tau la kisah betul atau tak tapi kisahnya sama macam cerita seorang askar yang sesat pada zaman dahulu..Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa... lengang, sepi! Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.
Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,
dah tertinggal. Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik. Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra... menjerit sekuat hati, cemas giler panggil.. kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa. So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang> dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang. Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin pergi berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang
hilang akal...

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu
tu. Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu. Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut
kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi... ... ...

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.
Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa... So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada
bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah... ... ... ... ...

MOTIF CERITA... ... ... ... ... ... .


Beruntunglah lelaki tersebut kerana menghindarkan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup... ... ... .. ...
So apa lagi geng (lelaki).... kot kot ada awek
tersesat.. bakar lah jari korang.. ADA BERANI ?
gerenti tak berani punya.... ambik kesempatan dalam adalah.....

Tuesday, January 25, 2011

Kenali Hati Lelaki

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.

Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.

Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.

Jika ia sesuai dijadikan panduan, terimalah ia dengan hati terbuka. Jika sebaliknya, anggaplah ia sebagai pengisi bahan bacaan anda di masa terluang.



1. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.

Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”

2. Anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

3. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

6. Setiap kali anda marah atau naik angin dengan si dia, dalam fikirannya lebih cenderung memikirkan: “Oh, dia ini pasti datang bulan.” sedangkan lelaki tidak sedar dirinya dimarahi kerana perangai atau tingkah lakunya sendiri yang menyakitkan hati.

7. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

8. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

9. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

10. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

11. Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik perhatian waktu berjalan bersama. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dengan teman wanitanya, dia akan menyalahkan wanita dulu kerana katanya “Awak yang kuat melayan”.

12. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

13. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan diri apabila terserempak dengan keluarga atau sahabat handai anda, maafkanlah dia kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

Betul ke?
Aku pun xtau betul ke x?


*Apasal bangun pagi td sakit tekak
*Badan languh plak

Monday, January 24, 2011

Sebelum datang kemari,tiada resah,tiada khuatir,menjelang kemesraan mu yg ku tggu hanya satu,meraka lihat ku tersemyum,gembira bagai tiada duka,begitu indah dipandangan

Mcm biasa tiada yg berubah...7.30 lepak cafe,sembang merapu samapi kul 8.30...
masuk opis update blog.
tgk2 news..

Setengah org xtau beza yg mana satu,jalan lenggang lepas buat keja dangan jalan lenggang xbuat keja....

"Untuk mencapai Objektif Organisasi Seseorang patut dikorbankan,Persoalanya siapa yang hendak dikorbankan"

*Tajuk bukan segala-galanya

Friday, January 21, 2011

Hilang Dalam Terang

Ya Allah,Keluarkan hambamu ini dari kekusutan dan kekalutan dunia dan akhirat,Ya Allah hanya kepadaMu ku meminta,mengharap dan memohon...Amin YaRabbal Alamin..

Thursday, January 20, 2011

Permata Yang Hilang

Aku kini sedang mencari semula..kwan2 lama aku masa di Vok,Alor Setar,masa di Ciast,masa di kilang....kemana semua mereka pergi....dh le aku ni kolot muka buku pun xde...sedangkan muka buku tu la tempat paling mudah mencari kwan lama,bf lama,awek lama segala serbi yang lama di samping menambah yg baru.....kemana Kamal MODM,Jawe Muar,Hafizudin Palong................mereka semua power dlm bidang masing.....kehilangan mereka bolehlah diibaratkan seprti tajuk diatas

Apakan daya telah kucuba sedayanya.......................

.
Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan. Tidak
dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan.....

Wednesday, January 19, 2011

Sekadar di Pingiran

Entah kenapa....mcm2 hal...alahai abaikn je la....hp dh ok....

abaikan abaikan abaikan abaikan abaikan abaikan

wat xtau je la....apa nk jadi,jadila xguna pk........xp ter pk juga adusss

lemon jgn pkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Aku Tak Dapat Mengubah Arah Angin,
Tapi Hanya Bisa Mengubah Layar Untuk Sampai Ke Arah Yang Dituju.

Tuesday, January 11, 2011

11.06.2011

Salam ada apa pada tarikh ni...apa yg specel nya tarikh ni....

ni haa biaq cheq nk habaq p...pada tarikh ini ada satu even penting iaitu acara yg telah dirancang dengan rapi oleh perencana2 expert...acara nya ialah jeng..jeng..jeng


..............
Perlawanan Akhir Piala FA yang mana Kedah diletak satu kumpulan dengan selangor...heheh xde pluang le nk lawan pada tarikh tu....xpe satu group...

Tahun 2010 Kedah vs N.Sembilan...Kedah kalah daa......

Tungguuuuuuuuuu x sabo nak tggu tarikh tu....


The Canaries
BIAR JASA JADI KENANGAN

Thursday, January 6, 2011

......

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata: ” Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:

-Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka.
-Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang dibawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang di atasku.
-Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meski pun mereka jauh dan dekat, jangan memutuskan hubungan dengan mereka.
-Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau khazanah segala kebaikan.
-Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia, tetapi mohonlah kepada Allah SWT.
-Saya dipesan supaya jangan takut di dalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek.
-Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat.

renungan bersama.