Ohhhhhhh bila kah lagi penantian satu penyeksaan,Delima yang ku tanam peria pahit yang tumbuh.
Thursday, November 8, 2012
Thursday, September 20, 2012
Betul???
Kan sering kita dengar, ada perkataan yang kalau perempuan cakap, jadi
mesti ada makna tersembunyikan? jadi, ini antara 10 Koleksi Ayat Maut
Seorang Lelaki cakap dan makna tersiratnya…
(1) Ayat maut lelaki : Okeylah wak, kita sembang lain kali yek
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.
(2) Ayat maut lelaki : Tidak pe, saya tak kisah.
Maknanya: Memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.
(3) Ayat maut lelaki : Kita kawan saja lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: Sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.
(4) Ayat maut lelaki : eh….u call ekk?sori. Tertidur tadi.
Maknanya: Ya,memang kami tdo pon.
(5) Ayat maut lelaki : Lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh. Tolong la faham juga jangan fikir -ve sangat. Apa pun yg kami buat, untuk masa depan juga.
(6) Ayat maut lelaki : Saya sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: Memang kami tidak memilih pun. Kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je. Tidak semestinya kena lawa.
(7) Ayat maut lelaki :Saya tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: Jangan la mekap sangat doe. Penat kami menunggu.
(8) Ayat maut lelaki : Lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: Memang lepas ni aku nak lagi keluar dengan kau.
(9) Ayat maut lelaki : Saya suka perempuan yg macam ni…macam tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: Saya tipu je. Saya tak kesah pon. Lelaki tak detail nk pilih apa-apa pon. Saja nak bagi awak merajuk sebab awak nampak comel masa merajuk. hihihih
(10) Ayat maut lelaki : Awak kerja kat mana? as what?
Maknanya: Mintak-mintak la kerja biasa-biasa sahaja. Kalau kerja besar taste pun besar juga, hantaran pun mestilah besar juga. Nak jaga standard lah tu..

Wednesday, August 15, 2012
Thursday, August 2, 2012
Tempe oh Tempe
Doa tidak dimakbulkan ada Hikmah disebaliknya

Ada
sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan
tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri.
Pada
suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk
pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang
diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.
Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum
masak lagi.
Perempuan
tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya
tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana
hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman
Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara
ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa, "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin."
Begitulah
doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin
bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu
menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun
membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe.
Namun,
dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun
dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas
didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil
bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana
inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini
kepada tempe, Amin".
Dengan
penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan
tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih
tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu
pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas
doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang
sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar
kesemua tempenya akan masak.
Dia
berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke
pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya
untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan
doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah
keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun
berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di
dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan
barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti
sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya
dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan
dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang
terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu
menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia
berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan
bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para
pembeli sudah mula kurang.
Dia
meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah
hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah,
pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu
dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf
ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya
tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan
terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun
menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang
belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya
yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya
wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi
supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna.
Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu
sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...
MORAL:
1.
Kita sering memaksa kehendak kita kepada Allah (S.W.T), sedangkan Dia
lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk kita.
2.
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai
hamba-Nya yang lemah. Jangan sesekali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan
rancangan-Nya yang mungkin di luar jangkaan kita.
3. Tiada yang mustahil bagi Allah (S.W.T)
4.
Kita sering ingin Allah (S.W.T) memenuhi hak kita, sedangkan kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga solat 5 waktu,
berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan-pesan ke arah kebaikan.
"Hidup Ini Indah Jika Segalanya Kerana Allah"
Friday, July 20, 2012
Ramadhan & Geng Plasti Hitam
Ramadhan datang lagi,bermulanya ramadhan ada yang pergi ada yang datang.......................geng plastik hitam datang lagi
Tuesday, July 10, 2012
Ramadhan
MUFTI ARAB SAUDI MENANGIS KERANA SOALAN IN.
Mufti Arab Saudi telah mengalirkan air mata secara langsung di TV apabila beliaumenerima soalan ini dari Somalia, soalannya berbunyi:

“adakah puasa kami sah jika tidak bersahur & berbuka puasa?”
Allahuakbar. Untuk kita Sepatutnya kita bertanya, “adakah puasa kami sah jika berlebihan makanan ketika bersahur & berbuka puasa?”
renungkanlah muhasabah menjelang ramadhan....
Thursday, July 5, 2012
Kisah Seorang Perempuan Dengan Terung
Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah
masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah
masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan.
Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.
Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syaikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Syaikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.
Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.
Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.
Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.
Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya.
Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan.
Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk.
Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!
Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?
Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Syaikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syaikh dan tidak faham apa yang didengarnya.
Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syaikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.
Syaikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.
Syaikh memamnggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!
Syaikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.
Syaikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?
Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?
Syaikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Syaikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syaikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya.
Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?
Murid itu terus menjawab, ya!
Syaikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?
Wanita itu menjawab, ya!
Maka Syaikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syaikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.
Setelah selesai aqad, Syaikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita.
Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan?
Dia menjawab, ya!
Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?
Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.
Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.
Diceritakan oleh Syaikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.
Pengajarannya: Tinggalkan Yang Haram Allah s.w.t bagi Yang Halal!

Wednesday, July 4, 2012
Berita Kepada......
Kenapa apa sebabnya....sejak2 akhir2 ni banyak sangat dugaan.......ntah keberapa sekian kalinye aku menahan rasa,memendam rasa...........perjalanan ini terasa amat menyedihkan Banyak cerita
Yang mestinya kau saksikan,,,,,,,,.....
Ebiet G. Ade..
Yang mestinya kau saksikan,,,,,,,,.....
Ebiet G. Ade..
Thursday, June 28, 2012
h=Heran
Punya la kedai aku p nak t pup...semua kedai ada t pup rm5 je...nak t pup 30......kena beli 6 kad adoiiiii
Wednesday, June 27, 2012
Kerana Perpatah Lukaku Berdarah
Mengapa hujan melanda di tengahari
Di saat kuinginkan kekeringan
Mungkinkah itu satu petanda
Sesuatu yang akan berlaku
Puitis nya lirik lagu dulu-dulu,dikala ketiadaan student ni akibat cuti,terasa keheningan ini telah memaksa hatiku,untuk mengucap sesuatu,tetapi keheningan ini telah direntap oleh bunyi burung merpati yang berbunyi diatas syiling rumah ku,itu aku tidak kisah,yang aku kisahnya hidup malam ku di rumah akan kembali sunyi ohhh...ini semua perginya seorang sahabat bernama Sobri yang dapat berpindah atas dasar suka sama suka ke Hulu Langat....maka sunyi la malam ku di rumah ,hanya bertemankn labah-labah dan berbagai jenis pasangan burung,yang kadang menyebabkan hama sejenis makhluk Allah yang begitu seni yang menjadi pedamping,hama ini menyebabkn gatal2 dan lelah...Sunyi itu indah bagi mencari ilham....AKU BUKAN PENCARI ILHAM
Al Fatihah buat seorang rakan merangkap librarian Pn. Sazalina.....Semoga Allah menempatkan nya di tempat orang-orang beriman.....
*Tajuk entry tak da kena mengena ngn N3 kuikuikui
LAGI SATU AKU DAH TERLAYAN CITE KOREA "........JANE"TU LA TAJUK DIA YANG WORD DEPAN TU LUPA...

Wednesday, May 30, 2012
Cikgu Dolu-Dolu
Saya Cikgu tutt...mulai hari ini .. saya akan .....kamu semua hendak
lah....Baiklah .. kita mulakan .. dengan muka surat....." Ye! standard sahaja intro dari cikgu baru ini. Mungkin dia baru sahaja
keluar dari Maktab Perguruan, maka sekala teori2 hendak di keluarkan.
Dan ia menjadi seperti drama kanak2 , tidak neutral.
tapi bukan yang ni aku nk cite tapi tentang nama cikgi or cikgu kita dolu2 (Kita merujuk pelajar yang sekarang berumur 30an dan ketas)...igt tak dulu nama cikgu kita ni pehhhh dengar pun seram,cikgu jawaher,cikgu che bashah,che pora,cikgu bukhori,cikgu megat,cikgu rahim.....cuba bayangkan nama pun cam tegas ,terang,kukuh itu sebab budak2 dulu walaupun xpandai tapi sangat menghormati guru...tak macam sekarang bkan yang xpandai je yang pandai pun kurang ajar huhh....
cikgu sekarang nama lylatul,cikgu sherenn,cikgu rizal,cikgu annur,cikgu balqis ermmm nama pun manja dah...hehehe budak2 sekarang plak makin dasyat......tapi cam biasa gak kalu guru baru masuk dr student sampai la bakal rakan sekerja akan ada:..... macam prosedur standard, cikgu yang baru pasti akan di diagnose segarang mana, secantik mana, sesempoi mana, selembap mana dan 1001 spesifikasi yang lain.kalu cikgu laki time mancar jodoh kat sekolah selain waktu kursus induksi.....gua xreka la pengalaman beb dan pemerhatian gua terhadap kawan2 semasa induksi.......tak betul tolong betul kan kuikuikui.......
*pendapat je

Tuesday, May 29, 2012
Liar Liar or Lawyer Lawyer
Kenapa semua orang suka menipu,heran aku sangat heran yang hampehnye ngn aku2 pun kena tipu,dalam xsedar je kena tipu,memang terbaik la,geram tu sure geram,tapi cuba nak bersangka baik,makin ku cuba makin terserlah perdustaan,dan cubaan untuk menipu terus berlaku,tanpa mereka menyedari yang aku telah tau yg mereka cuba menipu,ermmm
Aku cuba xnak menipu,tapi asyik kena tipu je,mana nak tahan beb.,,,,so ok nak sangat jom .....nanti hampa bagitau best x dapat tau yang hampa kena tipu.....
Lawyers are one skilled in the circumvention of the law.”
so jom kita cari jalan nak memintas kepalsuan mereka yang makin menjadi-jadi.

Aku,5S dan Final
Ermmm Yang mana satu aku nak mulakan dulu adoi dintara di atas,buat aku dulu,5S dulu or Final dulu,or buat derrrrrrrrr je hahahahhahah......lantak la...yang penting cuti,nak balik kg..cam jauh je bunyi kampung i, dekat je kggggg i ni hehehehhehehe,kg ni ada kelapa sawit,bendang cuma getah je xde...hahahahha kat mana ek?
lu pikir la sendiri
lu pikir la sendiri
Monday, May 28, 2012
Run Lemon Run
Ohhh kenapa badan aku hari ni rasa letih,seram sejuk je ni...nk muntahhh,adakah kerana aku berjalan dlm cuaca panas terik akibat kerosakan hp...kalu yer pun aku berjalan Ber KM jauhnya tak kan la badan aku leh rasa cm ni...?
Tiba-tiba ada suara berbisik.......ada satu je alasannya...sedarla lemon u bukan lagi mcm 4 -5 tahun yang lepas yang dapat berlari atau berjalan dalam sebarang cuaca pada jarak yang jauh.......oooo rupanya badan aku sudah mempunyai limit bagi kategori belia bukan lagi remaja...

Wednesday, May 9, 2012
Monday, May 7, 2012
Kompang di Palu
OOOhhh dengar kawan cakap ngn anak dia...bestnyaaaaa...kerap betul dia cakap.......syukur kawan aku ni naik pangkat dan ditukarkan dekat dengan wife dan anak dia......
hujung bulan 5 ni aku nk cuti,walaupun time budak dah dekat nk final...aku nak p ke tempat yang pada 363 hari yang lalu aku baru datang aku nk p 30hb InsyaAllah.....oooo kawan aku sedang berckap ngn anak dia lagi kt hp...walaupun anak dia cam xpaham jer hihihhi......
OOO aku kelas xabis masuk lagi ttidak .......semester dah nk abis test ada lagi xbuat..assment ada lagi xcheck......dan ditambah dengan audit 5s lagi....aahhh tidak kira aku nk cuti juga......aku apply cuti tu bukan nk minta kebenaran tapi cuma nak bgatau bos..sebab bagi ke xbagi ke..aku tetep cuti...PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH,NAMUM KU CUTI KU CUTI JUA....
5S
Serabut,Semak,Selekeh,Stress,Spoillllllllllllllllllllllllllll

Monday, April 2, 2012
Aku dah Tak Tahan
Bosan,nak ku lepaskan terasa sayang ingin ku belai tangan x sampai................jadi nk wat cm ner?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????
Wednesday, March 28, 2012
Monday, March 26, 2012
Tolong la..
Aku dah bosan..tolongggg
sudah xmampu nk tahannnnn
tolong teguhkan pendirian aku
tolong aku meghadapinya..
tidak mampu aku nak menyimpannya lagii
aku minta tolong
hanya satu tolongg
Tersimpan diriku tersiksa,nak ku luah tak ku mampu...
tolong aku ada juga tahap kesabaran,
kesabaran aku hanya senipis kulit bawang..
HUHUHUUHUH
Tolong la faham..namunku punya hati
"Lukanya Hatinya Seorang Insan"

Monday, March 19, 2012
GAGAL & APAKAH DAYAKU
TATAU NAK CAKAP APA.....BUKAN TATAU....MALAS NAK TAIP..........
ingat kata2 seoarang kawan....."belajar memahami orang sebelum mahu orang memahami kita"
sekarang sah la aku GAGAL memahami orang lain....
Tolong berikan aku kerja yang banyak moga aku sibuk dengan kerja,dan xduduk makan gaji buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta nmoga tak rindu memudarat tapi apa yang aku rindu?rindu nak buat keje banyak sekarang ni sikit sgt @#$#&%$%#^#^% huhh........
Nah layan pic,dapat meceritakan seribu peristiwa.....
ingat kata2 seoarang kawan....."belajar memahami orang sebelum mahu orang memahami kita"
sekarang sah la aku GAGAL memahami orang lain....
Tolong berikan aku kerja yang banyak moga aku sibuk dengan kerja,dan xduduk makan gaji buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta,buta n
Nah layan pic,dapat meceritakan seribu peristiwa.....
Thursday, March 15, 2012
Wednesday, March 14, 2012
Keseronokan kian terhakis
Kenali diri sendiri dan orang lain di sekeliling anda
Bulan Mac
Personaliti menarik,mudah didampingi,sangat baik secara semulajadi,pemurah,tidak cepat marah dan sangat amanah........
Ingatkah kita dizaman kanak2 kita?kita bermain dengan alam sekitar,bermaian lumpur di bendang,menbuat rakit dengan batang pisang,mencupta kereta dengan apa saja orjek bulat tanpa dipaksa pergi ke sekolah,sehingga usia mencecah 7 tahun......tapi sekarang?boleh dikatakan kanak2 sekarang hilang keseronakakn menjadi kanak2,contoh umo 4 tahun dah kena p sekolah tadika la,smrt reader la
apa la...diorang xdapat merasakan praktikal dengan alam,hanay teori semata2...
senario ini terpaksa dilalui semua kanak-kanak dan penjaga mereka. Mahu atau tidak, sedikit demi sedikit mereka sudah kehilangan apa yang dikatakan keseronokan menjadi kanak-kanak.
Buktinya dalam laporan global yang diumumkan pada Februari 2012 lalu oleh jenama biskut terkenal dunia, Oreo dan Jabatan Perhubungan Awam Ipsos menyatakan keseronokan alam kanak-kanak mungkin akan lupus buat selama-lamanya di seluruh dunia termasuk Malaysia sekiranya ibu bapa tidak mengambil perhatian serius. ..Bagaimana anda ingin mendidik anak anda?mereka terpaksa belajar sesuatu secara paksa pada masa yang kurang sesuai dangan usia? .tepuk dada tanya Imam
Adakah kanak2 ini?
-bisa menahan duri pokok semalu?
-Bisa menahan gigtan labah2 bendang?
-Bisa memegang lintah yang menghisap darah tanpa menagis.
-Tahu menhentikan darah dengan daun2 yang terdapat di sekeliling.
-Tahu menbezakan jenis ular berbisa atau pun tidak berbisa ...
-Tahu menangkap katak dijadikan umpang memancing?

Thursday, February 23, 2012
Ahmad .................................................Bukit Jalil
Pengaruh Bulan Kelahiran Terhadap Jiwa
Februari
Bijak dan genius,mudah menawan org lain,jujur dan setia pada segalanya,pemerhatian yg tajam,sgt romantik pada dlaman tetapi tidak pada luaran(Dr. Kamaruzzaman bin Jalaludin)
Malaysia akhirnya kembali bermain seperti Malaysia,malas nak cakap semua peminat bola tgk game tu....22/02/12 Jam 9.00 PM di Bukit Jalil...(1st time masuk BJ masa Sabah lawan apa Ntah..p sokong Sabah bah sebab p tgk ngn kwan James dr Sabah tahun 2002 kot)....nah layan pic sape ntah yang aku google

Monday, February 13, 2012
Rumah oiii rumah
Aduahai loan pun sangkut....minah tu cam xsabo nk tggu bln 4...kelayakan aku xckup RM 41.30....xkan la amoun byk tu nk kena tambah rm 25k kot.......
Friday, February 10, 2012
Valentine Day & Legging
Hari ini khutbah jumaat salah satunya khatib baca ialah,janganla kamu meniru budaya bangsa kafir,sedarla yang bertapa kita cuba meniru budaya kafir mereka,mereka tetap memndang kita dunia ke3...so jgn duk galak2 nk tiru budaya depa,budaya yg ntah apa2............Maksak waktu men futsal kemarin tu adalah beberapa org wanita yang jalan dalam stadium futsal...memakai sluar yg amat ketat.....ish2 cuba bayang semua lelaki duk dalam tu....depa boleh jalan wat xtau jer..adusss
Ada satu artikel yang depa bangsa barat pun xpakai suar camtu camni lebih kurang bunyinya "Kecuali umur 12 tahun ataupun pergi ke gym je pakai"yang kita kat sini bukan je ke gym bukan je umor 12 tapi p pasar,p mkan,p main,p jalan2 semua pakai adusss yang pakai tu plak bangsa melayu dan sudah smestinya Islam huhuhuhu lebih kurang kat bawah suar tapi baju lagi singkat...
*Itulah salah satu sebab kami tumpas 2-3 huhuhuhu

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ
كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)
*Itulah salah satu sebab kami tumpas 2-3 huhuhuhu
Thursday, February 9, 2012
MAKSAK @ MASAK
Ada satu pasukan yang tunggu nak main game futsal dari kul 8 am sampai 5.30pm baru dapat main,dah main kalah plak dengan Kebudayaan pehh kalah plak 2-3 adeiii huhuhuh.....minggu ni rumah aku bersih,syiling xde lagi kawan Peter Parker.
MAKSAK(Majlis Sukan Kakitangan Kerajaan)
.
Skuad Vateran
Friday, January 27, 2012
Thursday, January 26, 2012
Hot Story Hujung Minggu
Miggu lepas aku p kenduri,kenduri kawen ramai orang yg datang maklumla kawen la katakan,sambil tolong2....tolong makan je lebih heheheh...
Tahniah kepada sepupu yang berkahwen..........ingat ek jangan katil single naik tido dua orang nanti katil roboh.....malu dibuatnya nanti.......Semoga berbahagia semua Aminn.....
Student ohhhhhh student

Wednesday, January 18, 2012
Masanya Akan Tiba
Entah mengapa ku rasa takut,berdebar,tak sabo n pendek kata macam-macam ada...Aku selalu berhalusinasi seolah-olah bunyi hphone aku berbunyi,seolah olah ada panggilan,seolah-olah ada msg...tidakkkkkkkkkkkkk mengapakah sebabnya?
Adakah kerana kelas sudah bermula?
Mungkin juga kerana masa honeymoon kami tanpa kelas sudah abis?
Atau kerana hal lain-lain
Atau kerana banyak staff lama(kawan baik) yang sudah ditukarkan?
One Stone is Enough to break a Glass…..
One sentence is Enough to break a heart…….
One Second is Enough to fall In Love …
One chapter is not Enough pass in exam
Kadang2 terlalu nak jaga hati org,sampai terlupa yang diri sendiri juga ada hati perlu dijaga

Subscribe to:
Posts (Atom)